Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 16 November 2016

Syeikh Ahmad Al-Fathani

Nama Syeikh Ahmad Al-Fathani belum disebut sehingga kini selayaknya apabila negara menyambut kemerdekaan negara. Namun jasanya sungguh besar untuk dilupakan dalam sejarah perjuangan kemerdekaan. Sesungguhnya, Syeikh Ahmad merupakan tokoh perjuangan ke arah pembebasan umat Islam Melayu daripada cengkaman penjajah. Fakta ini tidak diungkap indah dalam sejarah negara dan Alam Melayu.

Prof Madya Dr mat Rofa Ismail
Malayonesia Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu
2016
Shah Alam
Karya Besteri
Halaman 396

Pencemaran di Negara Maju dan Mundur

Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail dalam bukunya Malayonesia Kerdipan Bintang Melayu di Langit Melayu halaman 503 - 504 mempertikaikan adakah benar pembinaan kilang pengeluar bahan toksik, radioaktif, serta bahan kimia yang berbahaya menjadi sebahagian daripada pemindahan teknologi atau sekadar pemindahan pencemaran kerana negara maju yang cerdik tak sanggup mencemarkan bumi mereka sendiri.

Sabtu, 23 Januari 2016

USM kesekian kalinya

Salam,

Sekali lagi berkampung di USM untuk kursus intensif sesi 2015/2016.

Rakan-rakan seangkatan majoriti dah selamat konvo Nov lepas.

Aku tinggal paper Final Project saja lagi.

Bukan senang nak tamatkan perjuangan ini.

Moga ianya berbaloi.

Rabu, 25 Jun 2014

Lama pulak terbiar

Lama pulak blog aku ni terabai.

Sibuk kerja.

Sibuk ngan keluarga.

Dari seorang jadi berdua.

Sedar tak sedar dah berlima.

25 April 2014 Umar bin Ramlan lahir.

Anak ketiga.

Syukur kepada Allah dengan anugerah rezeki yang melimpah.

Terima kasih kepada isteri tercinta yang terus tegar berkorban untuk keluarga.

Ahad, 15 September 2013

CSI & Penjenayah Indon

Tengok dalam CSI satu kes rogol dan bunuh. Suspek tidak meninggalkan sebarang petunjuk bagi membantu siasatan. Bagaimanapun kru CSI berjaya mengesan sedikit daki pada kuku mangsa dan membawa kepada penemuan DNA suspek. Maklumat daripada makmal disemak ke pangkalan data di mana kru CSI akhirnya mendapat maklumat tentang diri suspek, rekod kesalahan lampau dan gambar suspek yang sangat jelas. Suspek akhirnya berjaya ditangkap dan didakwa.

Kes di tempat kita…

Sebuah rumah dipecah masuk, keadaan berselerak. Polis menyimpulkan berdasarkan modus operandi suspek adalah warga asing keturunan Indonesia. Ini kerana suspek telah bertindak membuang air besar dalam rumah mangsa dikatakan sebagai satu amalan sihir (pukau) bagi mengelak dikesan. Kerana kekurangan petunjuk kes terbiar begitu saja…

Kalau CSI boleh kesan penjenayah dengan daki bawah kuku mangsa…t**k yang selambak tu takkan takdak DNA langsung kot? Camana tu…?

Selasa, 10 September 2013

Istidraj & Ihanah

  1. Istidraj ialah suatu perkara luar biasa yang diberikan kepada orang fasik untuk menipunya. 
  2. Ihanah pula ialah perkara luar biasa yang bertujuan untuk menghina seperti yang berlaku kepada Musailamah al-Kazzab (yang mengaku Nabi) di mana ia mendakwa dapat menyembuhkan penyakit buta, lalu dibawa kepadanya seorang yang buta sebelah matanya. Musailamah meludah ke mata orang itu (yakni ke sebelah yang buta), namun apa yang jadi ialah; bukan mata yang buta menjadi celik tetapi yang celik turut menjadi buta.

Isnin, 9 September 2013

Kenapa PAS Kalah?

Aku hairan, PAS hanya mampu memerintah lama di Kelantan sebab adanya ‘figure’ seperti Tok Guru Nik Aziz. 

Tapi di Terengganu dan Kedah hanya mampu sepenggal. 

Menteri Besar di dua negeri tersebut bukan calang-calang orang. 

Tok Guru Haji Hadi dan Ustaz Azizan. 

Aku selalu gak rasa x puas ati bila tgk PKR cam lebih-lebih sedangkan PAS lebih senior. 

Aku selalu terfikir dalam PKR penuh dengan ahli UMNO yang kecewa. 

Mereka ini cenderung untuk berpaling tadah sebijik cam hantu raya. 

Kalau ada tuan yang bagi telur/semahan lebih dia rela khianat. 

Tapi PKR dah buktikan kerelevenan mereka di Selangor. 

Sistem tadbir urus yang sangat mengujakan rakyat Selangor. 

Tentunya sosok Tan Sri Abd Khalid Ibrahim tidak sehebat 

Tok Guru Nik Aziz tapi kerja keras dan bersistem beliau nyata memikat rakyat. 

Tentulah juga kadar celik maklumat rakyat Selangor perlu diambil kira, namun aku rasa PAS cukup bijak mengurus kekalahan dengan pelbagai post moterm. 

Tetapi hancus bila mengurus kemenangan.