Kaherah : Seorang wanita Mesir, yang sedang mengandung dibunuh kejam dengan ditikam bertubi-tubi di bilik mahkamah. Seluruh rakyat Mesir merasai kesedihannya dan merasakan bahawa tindakan itu adalah bukti kepada sentimen perkauman dan anti Islam. Marwa al-Sherbini, 32 yang sedang hamil empat bulan terpaksa mengheret jirannya ke mahkamah kerana sering menuduhnya pengganas. Semasa perbicaraan itu sedang berjalan jiran Marwa bangun dan menikamnya sebanyak 18 kali. Suami Marwa yang cuba membantu juga turut ditikam dan ditembak di kaki oleh pengawal keselamatan yang menyangka dia salah seorang penyerang. Penyerang itu, Alex W, 28 adalah orang Rusia yang berhijrah ke Jerman pada 2003 menyatakan secara terang-terangan tentang kebenciannya kepada orang Islam semasa perbicaraan dijalankan. Tindakannya adalah atas rasa benci yang meluap-luap.
Vietnam raih gelaran 'Raja Bolasepak ASEAN' tumpaskan Thailand
-
Gelaran 'Raja Bolasepak ASEAN' menjadi milik Vietnam apabila mereka
menumbangkan juara bertahan, Thailand 5-3 secara agregat selepas aksi final
kedua ...
17 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan