27/05/2010
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga kain dan adik iparnya yang pernah menjadi suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, tiga tahun lalu, masing-masing memperoleh ganti rugi RM41,500 dan RM31,500 setelah tuntutan saman mereka dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Sabariah Othman membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan dikemukakan peguam Azmer Md Saad yang mewakili Mohamad Zamri Ibrahim, 36, dan Mohd Suhaimi Yusoff, 31. Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi selaku plaintif memfailkan tuntutan saman mereka pada 19 Jun 2009 atas dakwaan ditangkap dan ditahan secara salah oleh polis. Mereka menamakan Asisten Superintendan Loh Pei Pei, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan yang diwakili peguam persekutuan, Natrah Mazman. Dalam penghakimannya, Sabariah berkata, Mohamad Zamri diberi ganti rugi itu berdasarkan alasan keterangan polis bahawa dia bukanlah suspek yang dicari dalam kes itu. Mahkamah juga mendapati berdasarkan keterangan pihak polis, penahanannya (Mohamad Zamri) adalah secara salah dan tanpa alasan atau syak yang munasabah, malahan polis menggunakan kekerasan yang tidak sepatutnya terhadap beliau. Sabariah berkata, Mohamad Zamri juga berjaya membuktikan keseimbangan kebarangkalian dalam kes itu. "Sehubungan itu mahkamah membenarkan ganti rugi kecederaan RM1,500, ganti rugi salah tahan RM10,000 dan ganti rugi hukuman/teladan sebanyak RM30,000, yang membawa jumlah keseluruhan ganti rugi RM41,500. "Mohamad Zamri juga diberi ganti rugi faedah enam peratus sebulan dari tarikh saman iaitu 19 Jun 2009 sehingga penyelesaian sepenuhnya kes itu," katanya. Adik iparnya, Mohd Suhaimi, pula diberi ganti rugi RM31,500 kerana dia ditahan atas alasan yang munasabah namun dia dicederakan dengan secara tidak wajar. "Dengan itu tuntutan plaintif hanya dibenarkan setakat ganti rugi kecederaan RM1,500 dan ganti rugi teladan RM30,000 serta faedah enam peratus sebulan dari tarikh saman iaitu 19 Jun 2009 sehingga penyelesaian sepenuhnya kes itu," kata Sabariah. Pada 20 Ogos 2007, Nurin, murid tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju. Mayatnya ditemui pada 17 September tahun yang sama, iaitu 27 hari kemudian, dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya. Mengikut pernyataan tuntutan Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi, mereka mendakwa mereka dipukul, dipijak dan ditendang dan dihentak oleh polis. Mereka berkata, mereka kemudian disoal siasat dan ditahan reman sebelum dibebaskan. Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi mendakwa anggota polis kemudian bertanyakan bertalu-talu dengan nada keras dan kasar di mana Nurin dikurung serta di mana VCD lucah diletakkan tetapi kedua-dua mereka itu memaklumkan kepada polis bahawa mereka tidak tahu menahu berkenaan dengan perkara itu.
Kedua-dua mereka berkata, akibat daripada tindakan polis, mereka mengalami kecederaan, tekanan, kehinaan dan rasa malu yang amat sangat. Mohamad Zamri mendakwa dia sedang memandu kereta bersama isterinya, dan tiba-tiba dihalang tiga kereta dan beberapa lelaki berpakaian biasa di mana seorang mengacu pistol ke arahnya sebelum dia ditarik keluar dan digari sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta, manakala isterinya dimasukkan ke dalam kereta berlainan. Mohd Suhaimi, dalam pernyataan tuntutannya, berkata dia ditangkap oleh polis ketika dia berada dalam kedai milik Mohamad Zamri. Mohamad Zamri dan Mohd Suhami, yang hadir di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta hari ini, memberitahu pemberita bahawa keputusan itu dapat membersihkan nama dan maruah mereka. -Bernama
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DuabekassuspekkesbunuhNurindpatgantirugi/Article
Video Silibus KAFA
-
NAK ANAK SKOR KAFA TANPA STRESS? [image: 💯][image: 💪] JOM GUNA MODUL
VIDEO INI!
Hanya 15 minit sehari, anak boleh belajar Ibadah & Sirah dengan cara...
22 jam yang lalu