Apa itu Judi ?
Kamus Dewan menyatakan bahawa judi merupakan permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan (main ceki, main dadu dan lain-lain). Judi juga merupakan suatu permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun pertaruhan "nilai". Dalam akttiviti perjudian, pihak yang kalah dalam permainan perlu membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang.
Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian, misalnya menyabung ayam, membeli nombor (nombor ekor) termasuk judi bola sepak.
Secara umumnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk dan keji kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil: Dalam aktiviti perjudian, pihak yang menang akan memperolehi harta tanpa melaksanakan apa-apa tindakan yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib atau kononnya tuah badan. Ada dua kesan segera kepada individu atau masyarakat iaitu pertama kesan judi kepada pemikiran.
Sesiapa yang mengalami ketagihan judi, fokus pemikiran individu yang terlibat hanya pada perjudian semata-mata sehingga kemungkinan akan mengabaikan perkara-perkara penting yang lain, seperti urusan pekerjaan, keluarga, anak-anak dan sebagainya. Lebih parah lagi, mereka yang gila judi ini akan melibatkan segala yang berlaku sebagai nasib, kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian. Selain itu, modal untuk menyelesaikan masalah mereka sentiasa tidak logik. Kemungkinan pihak yang terlibat sentiasa mendapakant bantuan daripada alam ghaib untuk mencapaikejayaan dalam perjudian. Misalnya tidak mustahil pihak yang terlibat cuba merujuk kepada unsur-unsur "batu ajaib" pandangan untuk melihat masa hadapan
Kedua, kesan perjudian keatas kehidupan.Ketagihan judi menjerumus seseorang kepada ketidaktetapan dan ketidakstabilan pendapatan, kerana dalam perjudian, seseorang itu sentiasa mengalami menang-kalah secara mendadak . Akibat pendapatan yang tidak stabil dan tetap, tidak mustahil seseorang itu akan terjerumus kepada ancaman kehancuran seperti hutang along, dan sebagainya . Baru baru ini kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak.
Laporan akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA yang menjadi syarikat tunggal yang mendapat kebenaran atau lesen. Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein,membuat kenyataan bahawa tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Tambahnya lagi, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Dijangka Kumpulan Berjaya akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.
Apabila bantahan terbuka telah berleluasa sama ada dari badan bukan kerajaan atau NGO, pertubuhan politik , individu dan sebagainya, pihak kerajaan perlu lebih berfokus dengan suara umat melayu islam khususnya. Kita perlu sedar dengan penuh kesedaran, bahawa judi merupakan perbuatan dan permainan yang dilarang keras oleh Islam. Arahan Islam itu dari mana? Jawabnya dari Allah !.Pegangan kita al-Quran menyatakan
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan mengundi nasib dengan panah merupakan perbuatan keji dan amalan syaitan, maka jauhilah agar mendapat keuntungan,”
(Al-Maidah:90)
Ayat ini merupakan perintah dan larangan kepada seorang muslim menjadikan aktiviti judi itu sebagai hiburan dan pengisi masa terluang, dijadikan sebagai mata pencarian, dalam apa bentuk dan keadaan sekali pun. Agama kita ini menuntut agar individu muslim itu mendapatkan rezeki dengan jalan yang halal dan usaha yang baik bukannya perjudian yang bersifat untung-untungan. Islam mengajarkan supaya mengambil dan menerima harta berdasrkan hukum yang digariskan oleh islam. Sedangkan mengambil harta dengan perjudian termasuk memakan harta manusia dengan jalan yang batil. Seseorangbyang telah mabuk dengan candu judi, akan lupa diri dan tanggungjawabnya pada keluarga dan seterusnya kepada agama dan tuhanNya Allah. Apabila judi itu perbuatan haram, maka harta yang diperolehi itu adalah harta haram. Sesiapa yang memakannya, orang itu memakan harta yang haram. Pihak yang membenar , menyokong malah pihak yang tidak melarang dikalangan pihak yang berilmu, termasuk dalam pihak yang melakukan perbuatan haram.
Alhamdulillah, Kelulusan itu juga telah ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini. Sekiranya benar ada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini amat dialu-alukan.
Ketahulilah bahawa bahaya judi sangat dahsyat apatah lagi judi bola sepak sempena perlawanan bola sepak dunia itu menjadi tumpuan dikalangan kaum remaja muslim. Keadaan remaja muslim yang ada ketika ini juga sudah diketahui umum sangat longgar dalam pengamalan islam sehingga bejat moral yang kritikal. Tindakan sepadu dari umat Islam dituntut tanpa mengira ideologi politik dan sebagainya. Soal hukum Allah tidak ada kompromi !
SUHAIMI BIN LATIP,
YANG DIPERTUA,
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM),
CAW. PERAK.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
2 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan