Pada asasnya setiap orang dibekalkan dengan beberapa sifat fitrah yang
tidak perlu dipelajari.
Menangis dan ketawa umpamanya.
Dengan beberapa
sifat fitrah ini dan kekuatan pancaindera, manusia mampu beradaptasi
dengan persekitarannya.
Hubungan manusia dengan persekitaran
menghasilkan pengalaman dan ilmu.
Manusia telah ada akal sejak lahir.
Pengalaman dan ilmu mematangkan akal dan emosi.
Tuhan hadir membimbing
manusia dengan petunjuk wahyu.
Tanpa bimbingan tuhan manusia mencipta
pelbagai kesimpulan bagi menerangkan kejadiannya.
Sebagai contoh
popular, Darwin menyimpulkan manusia berasal daripada beruk.
Wahyu
Ilahi menerangkan bahawa manusia berasal daripada Adam dan Hawa.
Pengkaji antropologi pada peringkat awal mengatakan manusia pada
asalnya berzina dengan seorang perempuan mempunyai ramai suami.
Bila
berlaku masalah dalam komuniti awal manusia, manusia mula mencipta
sistem perkahwinan bagi mengelak perbalahan.
Bimbingan wahyu
menjelaskan bahawa manusia sejak awal penciptaannya lagi membiak
melalui perkahwinan iaitu perkahwinan Adam dan Hawa di syurga.
Ketika
di bumi dua anak adam (Israiliyat menyebutnya sebagai Habil dan Qabil)
bergaduh kerana berebut pasangan.
Sistem perkahwinan telah wujud dan
dilaksanakan oleh Nabi Adam selaku manusia pertama kepada anak-anaknya.
Rentetan daripada jauhnya manusia daripada bimbingan wahyu barulah
manusia mula menurut hawa nafsu dengan berzina.
Apapun yang jelas
manusia tanpa bimbingan wahyu cenderung untuk tersilap ketika membuat
kesimpulan.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
Sejam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan