Aku
hairan, PAS hanya mampu memerintah lama di Kelantan sebab adanya
‘figure’ seperti Tok Guru Nik Aziz.
Tapi di Terengganu dan Kedah hanya
mampu sepenggal.
Menteri Besar di dua negeri tersebut bukan
calang-calang orang.
Tok Guru Haji Hadi dan Ustaz Azizan.
Aku selalu gak
rasa x puas ati bila tgk PKR cam lebih-lebih sedangkan PAS lebih
senior.
Aku selalu terfikir dalam PKR penuh dengan ahli UMNO yang
kecewa.
Mereka ini cenderung untuk berpaling tadah sebijik cam hantu
raya.
Kalau ada tuan yang bagi telur/semahan lebih dia rela khianat.
Tapi PKR dah buktikan kerelevenan mereka di Selangor.
Sistem tadbir urus
yang sangat mengujakan rakyat Selangor.
Tentunya sosok Tan Sri Abd
Khalid Ibrahim tidak sehebat
Tok Guru Nik Aziz tapi kerja keras dan
bersistem beliau nyata memikat rakyat.
Tentulah juga kadar celik
maklumat rakyat Selangor perlu diambil kira, namun aku rasa PAS cukup
bijak mengurus kekalahan dengan pelbagai post moterm.
Tetapi hancus bila
mengurus kemenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan