Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 9 Februari 2010

Program Pertama di PKMD Kampar

Program 'RICH'
(Remaja Insan Cemerlang dengan Hijrah),
Sabtu, 13 Februari 2010,
8.30 pagi hingga 4.30 petang
Bertempat di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kampar.
Peserta pelajar sekolah kategori akademik dan displin sederhana
Berumur 16 hingga 17 tahun lelaki dan perempuan.

Alamat PAKK Kampar/Gopeng

Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kampar/Gopeng,
546/547 Kuarters JKR,
Aston Settlement,
31900 Kampar,
Perak.

Alamat Ibu Pejabat Kebajikan Masyarakat Perak

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERAK
Lot 1516,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Telefon : 05-2545505
Faks : 05-2432505
Email : jkmpk@perak.gov.my

Sejarah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kecil Kampar





Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kecil Kampar / Gopeng yang mula beroperasi pada tahun 1979 di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Selatan sehingga 1980 seterusnya berpindah di ruang Mahkamah lama, Jalan Pejabat Pos, Kampar sehingga kini.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kecil Kampar/Gopeng
Jalan Pej Pos,
31900 Kampar,
Perak

05-4653133

Sejarah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta bermula di sebuah bangunan yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab sejak tahun 1957 lagi. Pentadbiran pejabat ini berkongsi bangunan dengan Ibu Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Perak. Lokasi berkenaan berhampiran dengan Stesyen Bas Ipoh dan juga Medan Kidd.

Setelah mendapati keadaan bangunan itu tidak begitu sesuai lagi untuk digunakan, maka pejabat itu telah berpindah ke satu tempat baru iaitu di No. 27 Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh pada 1/5/1997. Bangunan yang merupakan rumah kedai 2 tingkat itu disewa dengan harga RM 2,500.00 sebulan. Ketika itu seramai 14 orang kakitangan dan 3 orang pekerja sukarela manakala 2 pegawai di Pejabat Kebajikan Daerah Kecil Kampar dan Batu Gajah.

Dari masa ke semasa penambahan Penolong Pegawai telah membuatkan bangunan itu tidak lagi sesuai untuk menampung bilangan kakitangan yang ramai. Oleh itu usaha telah dilakukan bagi mencari sebuah bangunan yang besar dan selesa serta boleh menampung seramai 22 orang kakitangan. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta kini telah beroperasi di Bangunan Persatuan Hock Kean memandangkan kedudukannya yang strategik dan kemudahan yang ada disekelilingnya.
Objektif Jabatan.

Memperkembang dan mempertingkatkan kemampuan Individu, keluarga dan komuniti dalam konteks Pembangunan Sosial, mencegah berlakunya masalah sosial yang boleh menjejaskan Kestabilan dan Keharmonian Masyarakat, memulih mangsa akibat pergolakkan sosial dan bencana alam, serta memberi Perkhidmatan Sokongan kepada Pertubuhan Sukarela dan agensi-agensi lain bagi mencapai kesejahteraan hidup penduduk Malaysia.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta,
No. 111-113, Bangunan Persatuan Hock Kean,
Jalan Sultan Yusuff,
30000 Ipoh,
Perak

05-2418860
05-2418825(faks)

Ahad, 7 Februari 2010

SAIFUL OH SAIFUL : Khidmat Kebajikan Aznil Haji Nawawi (Amacam Pegawai Kebajikan / Psikologi Semua...tercabar tak?

Monday, January 25, 2010

MUHD SAIFUL RIZWAN/USIA : 21 TAHUN /ASAL : KELANG, SELANGOR

Sebelum kemalangan Saiful menjalani kehidupan yang normal. Merupakan seorang yang pendiam dan sangat kuat bekerja. Merupakan anak sulong dalam keluarga 5 adik beradik. Mempunyai seorang kekasih yang hanya mahu dikenalkan sebagai Yati sahaja.

Dalam bulan 6 tahun lalu, satu kemalangan ngeri menimpa Saiful yang sekali gus merubah hampir separuh dari wajahnya. Bahagian mulu dan dagu Saiful hancur, dua tulang rusuk kiri dan dua tulang rusuk kanan juga patah. Hatinya juga rosak teruk dan terpaksa dibuang. Lebih 20 hari Saiful berada di dalam koma.

Ketika itu juga, Paknil dihubungi oleh adik Saiful bernama Aishah melalui segmen Merisik Khabar di Riuh Pagi Era. Aishah mengadu yang dia terpaksa berhenti kerja kerana menjaga abangnya yang kemalangan di hospital. Ramai pendengar Era yang prihatin dan hanya mampu menitipkan rasa simpati dan pesanan untuk kuatkan semangat.

Mendengar cerita Aishah, Paknil juga tidak dapat membayangkan betapa getirnya dugaan yang dilalui oleh remaja belasan tahun ini. Namun cerita Aishah yang kita dengar ketika itu terhenti di situ sahaja.

Namun pada hari Isnin 18 Januari, Paknil terbaca pula satu lagi SMS dari pengadu bernama Saiful yang mengadu kekasihnya berubah hati setelah dirinya kemalangan. Tanpa menyangka ia ada hubungan dengan cerita SMS pertama tadi, Paknil mengubunginya. Jauh di suara sebelah sana, Paknil terdengar suara yang agak pelik kedengarannya. Setelah diperkenalkan, barulah Paknil tahu rupanya Saiful itulah abang kepada Aishah.

Saiful bercerita pada Paknil yang dirinya sudah lemah dalam kehidupan setelah wajahnya berubah dan kini kekasih hatinya meninggal dirinya. Lebih perit apabila kekasihnya beralih hati pada teman baik Saiful. Saiful sudah putus harapan untuk meneruskan kehidupan.

Katanya, dia beralih kepada Paknil untuk mencari kekuatan dan sinar baru. Dia ingin ketemu dengan Paknil. Entah kenapa, tergerak hati Paknil ini untuk bersama kru Era menemui Saiful pada hari selasa keesokan harinya. Berdebar juga hati Paknil dalam perjalanan ke rumah Saiful hari itu bukan kerana takut akan melihat wajah Saiful tetapi kerana takut kata-kata Paknil tidak mampu menaikkan semangat Saiful untuk kembali bangun. Paknil tak henti berdoa agar Tuhan melancarkan lidah ini untuk menaikkan semangat anak remaja ini.




Setiba di rumah Saiful, Paknil dinanti Saiful dan keluarganya. Wajah Saiful diselindungkan di sebalik topeng hidung dan mulut. Tanpa ada rasa gentar, Paknil minta Saiful tanggalkan topeng itu. Saiful akur. Ketika itu, jiwa Paknil hancur kerana tidak dapat membayangkan kekuatan yang Saiful punyai untuk memikul dugaan pada wajahnya seperti yang Paknil lihat di depan mata Paknil sekarang.

Namun, sedikit pun tidak timbul rasa takut malah simpati Paknil berlipat seribu kali. Hampir sejam Paknil merapati Saiful dan akhirnya Saiful mempercayai Paknil. Ketika itulah Paknil diberitahu, Saiful sempat mengarang beberapa sajak ketika berada di katil hospital.

Bagus juga sajaknya. Saiful sendiri akui yang dirinya tidak pernah menulis apa-apa karangan sebelum itu. Hebatkan kuasa Tuhan. Dibukakan anugerah yang selama ini tersembunyi di dalam diri Saiful.

Sekembali dari kunjungan ke rumah Saiful, fikiran Paknil terus teringat-ingat akan sajak yang Saiful lakarkan itu. Paknil rasakan sajaknya ada nilai komersil dan cadangkan kepada Era agar kita carikan peluang baru untuk Saiful. Akhirnya terfikir untuk memperkenalkan Saiful kepada komposer hebat Ajai.

Pagi Khamis, Paknil di Riuh Pagi Era menjemput Saiful sebagai tetamu. Saiful hadir ditemani adiknya, Aishah. Dalam temubual, Paknil dapat lihat Saiful sudah ada semangat untuk meneruskan kehidupan, bertalu panggilan telefon dari pendengar Era yang masuk untuk bercakap dengan Saiful dan sekali gus ingin memberi kata semangat padanya. Terima kasih pada semua!


Tup tup! Pukul 9 pagi kami masukkan satu panggilan telefon kezzzutan kepada Saiful. Datuk Siti Nurhaliza. Datuk Siti puas berpesan kepada Saiful untuk bangun semula dan dari getaran suara Datuk Siti, Paknil rasa Datuk Siti juga gugur airmatanya. Terima kasih Datuk kerana sudi ‘singgah’ seminit dua untuk membaik pulih perasaan lemah Saiful. Terlihat ada campuran riak malu, bangga dan suka di wajah Saiful.

Lebih tidak disangkakan Saiful apabila Ajai pula kami sambungkan dihujung talian. Kedua beradik hampir tergamam dan terdiam apabila mengetahui Ajai berminat untuk mengenengah bakat Saiful sebagai penulis lirik. Tidak pernah disangka oleh Saiful yang sinar hidupnya mula menyinar kini.

Teruja Saiful bercerita tentang keinginannya untuk menulis lirik lagu pula. InsyaAllah jika kita semua panjang umur, kita akan sama-sama saksikan kehebatan anak muda ini menongkah arus kehidupan sebagai penulis lirik yang hebat pula. Rezeki manusia bukan urusan kita. Tuhan penentu segalanya. Paknil nantikan kemunculan lagu pertama nukilan Muhd Saiful Rizwan!

p/s : Paknil lampir di sini sajak tulisan tangan Saiful yang diciptanya untuk Paknil. Terima Kasih Saiful!

Diterkam Rimau

Laporan dan foto RAVALE SAVARINATHAN
am@hmetro.com.my
2010/02/07

TELUK INTAN: “Sebaik diterkam dari belakang, saya cuba melawan untuk menyelamatkan diri, termasuk menumbuk muka harimau itu sekuat hati sambil menjerit bagi menakutkannya.

TERKOYAK... Sidah menunjukkan badan Yok yang terkoyak sepanjang 15 cm ketika menerima rawatan di HTI, semalam.

Walaupun cedera teruk, saya tekad menyelamatkan diri dan melawan sehingga ke titisan darah terakhir,” kata pencari petai, Yok Meneh Yok Din, 47.

Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin, Yok dari suku kaum Orang Asli Semai dari Kampung Ras, Sungkai, cedera teruk di beberapa bahagian badan selepas diserang seekor harimau jantan ketika mencari petai, kira-kira 1.3 kilometer dari rumahnya.

Yok Meneh berkata, tindakan pantasnya menumbuk muka harimau dan menjerit sekuat hati berjaya menyelamatkan dirinya daripada dibaham harimau yang dianggarkan berusia antara tiga hingga lima tahun itu.

Katanya, dia diterkam oleh harimau itu ketika menuju ke arah pokok petai, menyebabkan dia jatuh dan belakang badannya luka teruk.

“Saya bersyukur kerana tindakan menumbuk muka harimau itu membuahkan hasil apabila ia terkejut dan melarikan diri ke dalam hutan,” katanya ketika ditemui selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI), di sini, semalam.

Selepas harimau itu beredar, Yok keluar dari hutan bagi menyelamatkan diri dalam keadaan badan berlumuran darah.

Katanya, ketika berlari menyelamatkan diri, dia terserempak dengan seorang pemandu traktor mengutip buah kelapa sawit yang segera membawanya pulang ke rumah.

Yok berkata, dia dibawa ke sebuah klinik di Sungkai sebelum di bawa ke Hospital Tapah (HT) dan kemudian dirujuk ke HTI kerana kecederaannya serius.

“Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencari rezeki di hutan.

Saya akan terus bekerja sebagai pencari petai selepas sembuh daripada kecederaan ini kerana itulah satu-satunya kerja yang saya tahu,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Sidah Anak Yok Chok, 38, berkata beliau sekeluarga syukur suaminya selamat dan menganggap ia antara cabaran dan dugaan mengahwini pencari petai.

“Saya akan terus memberi sokongan kepadanya dan pada masa sama mendoakan supaya dia sentiasa selamat ketika bekerja,” katanya.