Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 16 Julai 2009

BAKA IPK KL

Kawan-kawan semua...

Dalam Persidangan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam ke-6 tahun 2008 yang berlangsung pada 20 - 21 Ogos 2008 di Dewan Seri Melati Perbadanan Putrajaya anjuran Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, saya sempat berbual dengan ASP Manisegaran (kalau di IPK KL beliau dikenali sebagai ASP Kaunseling). Beliau mengalu-alukan saya untuk mengadakan program secara kerjasama dengan Bahagian Agama dan Kaunseling IPK KL.

Saya bertugas di Selangor dan tentunya lebih sesuai mengadakan kerjasama dengan BAKA IPK Selangor. Bagaimanapun idea ini boleh dikembangkan lagi. Kawan-kawan boleh menghubungi Ibu Pejabat Kontijen Polis negeri masing-masing untuk mengadakan program secara kerjasama. Setakat ini rasanya kita masih belum mempunyai hubungan secara rasmi dengan BAKA (betulkan sekiranya saya salah). Moleklah usaha murni ini kita realisasikan.

Unit Kaunseling dan Psikologi JKMN Selangor telah mengadakan lawatan kerja dan kunjungan mesra ke Bahagian Pengurusan Psikologi JPA sebagai langkah awal untuk menjalinkan kerjasama dengan pelbagai jabatan, bahagian dan institusi bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada klien. Rasanya idea ini boleh kita kongsi bersama.

ASP Manisegaran boleh dihubungi di talian 03 - 2146 6172 atau untuk HP boleh hubungi saya untuk mendapatkannya.

Terima kasih. Salam hormat untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan