Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 16 Julai 2009

Lawatan Kerja dan Kunjungan Mesra Unit Kaunseling dan Psikologi JKMN Selangor ke Bahagian Pengurusan Psikologi JPA


Pada hari Selasa, 14 Julai 2009 Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi daripada Unit Kaunseling dan Psikologi JKMN Selangor telah mengadakan Lawatan Kerja dan Kunjungan Mesra ke Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam di Cyberyaya.

Lawatan ini merupakan lanjutan daripada pertemuan semasa Program Bantuan Bencana Alam Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa.

Dr. Aris bin Kasan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Psikologi JPA telah menyampaikan taklimat.

Pertukaran cenderahati dengan Puan Ruziati binti Mior Ahmad Ariffin Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Psikologi


Kemudahan bilik kaunseling individu, kelompok, kanak-kanak dan bilik meredakan tekanan.

Menurut En. Faisal kemudahan kaunseling dan psikologi di sini masih lagi belum sempurna kerana baru dua bulan berpindah.

(macam ni tak sempurna lagi kalau diorang tengok pejabat kita camanalah agaknya...)

Hj. Mohamad Pakarul Razy bin Mohamad
Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi (Ps) P1

Ceria... lawatan ke bilik pejabat Pak Din Sayang (Samsudin bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah (Ps) K1). Mr. Ramesh kagum giler tengok fail modul Pak Din...penuh satu rak...

Perbincangan tak rasmi dengan En. Mohd Faisal bin Idris, Penolong Pengarah (Ps) RD2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan