Sudah lama bangsa ini terjajah
Tanah air terjual murah, tergadai maruah
Ibu pertiwi diratah dimamah
Air mata mengalir bagai darah dan nanah
Dari sulur tunas yang muda
Dari akar berbaja kecewa
Bangkit semangat membara bernyala
Dihembus angin perubahan minda jelata
Dari tanah rentung terbakar
Dari rendah tumbuh berakar
Dari kuncup berkembang mekar
Kini jiwa bangkit menyasar
Semangat Hadhari kita kembangkan
Menjadi lambang jiwa kemajuan
Sejarah lama jadi tauladan
Mencipta sejarah untuk masa hadapan
Marilah kita bersama
Teguhkan dalam barisan
Semangat terus kobarkan
Pemuda Islam pertama di hadapan
Bersama Menjana ummah gemilang
Bersama Menjana ummah gemilang
Hasil nukilan
Ramlan Ramli
10.15 pm (24 Januari 2008)
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
Sejam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan