Program : Ceramah Al-Quran Panduan Hidup
Tarikh : 3 September 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Wawasan, PPKK Serendah
Peserta : Semua pelatih dan kakitangan Muslim
Program : Program Pengenalan Usrah bersama PEPIAS
Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Wawasan, PPKK Serendah
Peserta : Semua pelatih muslim (60 orang)
PENGENALAN
Usrah dari segi bahasa bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga. Manakala dari segi istilah bermaksud kumpulan individu Muslim yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam. Mereka ini melakukan kerja-kerja Islam sebagai menyahut seruan Allah SWT dalam surah al- Asr yang bermaksud :
“Hendaklah kamu nasihat menasihati dengan kebenaran
dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.”
Jelasnya disini usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan pelatih PPKK Serendah untuk menjadikan proses pembelajaran ilmu Islam menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Amalan tegur menegur antara sesama pelatih akan memantapkan lagi proses ke arah bertingkah laku positif menerusi dorongan rakan sebaya.
Hubungan kasih sayang yang terjalin antara sesama pelatih dalam usrah sangat bermakna kerana di PPKKS para penghuninya sangat dahagakan kasih sayang lantaran terlalu kurang atau terpisah jauh dengan keluarga asal.
TUJUAN USRAH
1. Mendidik hati para pelatih untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah SWT.
2. Menghubungkan pelatih secara langsung dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.
3. Mengiltizamkan pelatih dengan akhlak murni berasaskan al-Quran.
4. Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai contoh ikutan dalam kehidupan seharian.
5. Supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
6. Dapat membentuk peribadi Muslim, keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
7. Merapatkan ukhwah dan kasih sayang di kalangan pelatih.
8. Menghidupkan budaya nasihat menasihati di kalangan pelatih.
9. Dapat menguji bakat dan kebolehan pelatih terutama dalam bidang kepimpinan.
10. Dapat memahami peribadi pelatih dengan lebih dekat seperti pemanas, pemurah, penakut, gopoh, lembab den sebagainya.
RUKUN USRAH
Terdiri daripada tiga iaitu :
1. Taaruf
Bermaksud berkenalan sesama pelatih seperti nama, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat asal dan pengalaman yang dilalui selama ini. Matlamat taaruf ialah sehingga setiap pelatih merasakan bahawa setiap mereka adalah sebahagian dari dirinya. Jelasnya taaruf adalah langkah awal membentuk kasih sayang. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Orang mukmin bagi orang mukmin itu
laksana bangunan yang sebahagiannya
memperkuatkan sebahagian yang lain”
2. Tafahum
Bermaksud saling bersefahaman sesama pelatih dalam hubungan dan kehidupan sehari-hari. Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman yang mantap dalam kalangan pelatih. Melalui persefahaman perasaan syak wasangka dan buli membuli akan terhindar. Tafahum berkait rapat dengan ukhwah, kerana ukhwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman sesama pelatih.
3. Takaful
Bermaksud tolong menolong sesama pelatih. Dalam konteks PPKKS tolong menolong dari segi moral dan emosi sangat berperanan meneguhkan peribadi sesama pelatih. Ia merupakan tunjang dan intipati kepada ukhwah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak
menolong saudaranya adalah lebih baik baginya ia
beriktikaf selama sebulan dalam masjid aku
(masjid Nabawi).”
PERLAKSANAAN USRAH DI PPKKS
Pelatih PPKKS terdiri daripada kanak-kanak :
1) Teraniaya
2) Terbiar
3) Mengemis
4) Tiada tempat tinggal yang tetap
5) Terbuang
6) Terdampar
7) Mangsa perbalahan keluarga
8) Yatim piatu
Kumpulan sasar ini didapati mempunyai trauma tersendiri kesan daripada pengalaman masing-masing. Oleh yang demikian program terapi dan pemulihan yang bersesuaian perlu dijalankan bagi memulihkan semangat dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri dan persekitaran.
Mereka juga agak lemah dari segi akademik, bagaimanapun dalam melaksanakan aktiviti usrah ini modul yang akan digunakan adalah bersesuaian dengan tahap pemikiran dan kematangan pelatih itu sendiri.
Oleh yang demikian program yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu 12 September 2009 ini merupakan langkah awal dalam mengenalpasti tahap-tahap tersebut. Modul yang akan dilaksanakan pada hari tersebut adalah Taaruf iaitu rukun usrah yang pertama. Para pelatih akan dibahagikan kepada tujuh kumpulan secara rawak dan akan berbincang isu-isu asas seperti berikut :
1. Nama
2. Umur
3. Latar belakang pendidikan
4. Latar belakang keluarga
5. Tempat asal
6. Pengalaman yang dilalui selama ini
Seusai sesi asas ini pelatih akan dibawa berbincang tentang kisah-kisah para anbiya’ dan kaitannya dengan kehidupan pelatih masa lalu, masa sekarang dan harapan pelatih untuk masa hadapan.
Melalui sesi ini fasilitator akan mengenalpasti tahap-tahap pemikiran dan kematangan pelatih dan menyesuaikan modul sedia ada dengan tahap pelatih PPKKS.
PENGGERAK KERJA
Program ini akan dilaksanakan dengan bantuan fasilitator seramai sepuluh orang daripada Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan Penolong Pegawai Psikologi PPKKS bertindak sebagai penyelaras.
KESIMPULAN
Para pelatih PPKKS memerlukan program secara berkala berterusan dan berkesan bagi membantu mereka memantapkan kesedaran emosi dan kesedaran spiritual. Modul pembelajaran yang telah sedia ada di PPKKS dan diamalkan di bengkel-bengkel dan kelas adalah yang terbaik. Pelatih mendapat latihan yang sesuai dengan tahap pemikiran dan kematangan mereka dan hasilnya daripada tidak tahu apa-apa pelatih boleh melaksanakan kerja-kerja mekanikal dengan baik dan bermutu.
Guru-guru di PPKKS juga tidak bersikap lepas tangan begitu saja apabila pelatih telah tamat perintah sebaliknya para guru bertungkus lumus bersusah payah mencarikan kerja untuk pelatih terutamanya bagi pelatih yang telah tiada keluarga. Setakat ini PPKKS mempunyai hubungan baik dengan Syarikat Tan Chong Motor dan mereka tidak keberatan bahkan mengalu-alukan pelatih PPKKS untuk datang berkerja.
Bagaimanapun ada kalangan pelatih ini yang tidak menghargainya. Setelah dicarikan kerja mereka hanya bertahan sebulan dua sebelum berhenti. Setelah disiasat didapati pelatih ini walaupun boleh berkerja tetapi tidak dapat menguruskan emosi dengan baik sehingga bermasalah dengan rakan sekerja.
Atas sebab yang demikianlah maka Unit Kaunseling dan Psikologi berusaha mengadakan program ini bagi memberi kesan yang positif kepada pelatih sebagai lanjutan daripada program-program sebelum ini.
Disediakan oleh :
(RAMLAN BIN RAMLI)
Penolong Pegawai Psikologi
PPKKS Disahkan oleh :
(HAJI ABDUL RAZAK BIN AZIZ)
Pengetua
PPKKS
Program : Tayangan Filem Bertema Agama (wayang pacak)
Tarikh : 14 September 2009 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik TV, PPKK Serendah
Peserta : Semua pelatih
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
2 jam yang lalu
Salam Ramadhan :-D Jom download e-book 25 Aktvt&Permainan Islami dan sebarkan kpd rakan2.. creativesifu.blogspot.com :-D
BalasPadam