Teringat saya dalam tahun 2004, masa tu saya masih lagi berkerja dengan Persatuan PENGASIH Malaysia sebuah NGO yang diterajui oleh bekas-bekas penagih dadah. Dalam PENGASIH hanya ada tiga atau empat orang sahaja yang bukan bekas penagih yang berkerja dengan persatuan itu. Biasanya kami terdiri daripada golongan yang ada kelulusan. Paling rendah sayalah, memegang Diploma Psikologi dari Kolej Dar al-Hikmah. Yang lain semuanya pemegang Sarjana Muda.
Suatu hari saya diarahkan membuat satu artikel berkenaan dengan Hidup Berkualiti : Kepulihan Penagih. Hidup Berkualiti merupakan perkara keenam yang ingin dicapai dalam pendekatan Islam Hadhari. Saya berusaha mendapatkan rujukan berkenaan dengan Islam Hadhari bagaimanapun buku yang saya perolehi hanyalah dua buah. Satu terbitan Yadim tulisan Datuk Nakhaie Haji Ahmad manakala satu lagi tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertajuk “Islam Hadhari atau Hadharah Islamiah”.
Pendekatan Islam Hadhari ketika itu begitu heboh diperkatakan setelah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Pak Lah. Bagaimanapun maklumat tentang apa itu Islam Hadhari begitu susah untuk diperolehi. Apa yang hebat ialah penggunaan media elektronik dan cetak menghebahkan tentang pendekatan tersebut. Hal ini menyebabkan berlaku kekeliruan bila ramai orang yang membuat tafsiran sendiri tentang apa itu Islam Hadhari. Rasanya orang yang paling faham tentang Islam Hadhari adalah Pak Lah sendiri.
Sekarang timbul pula slogan Satu Malaysia di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Umum mengetahui slogan ini muncul atau dimunculkan kerana situasi politik semasa yang semakin memihak kepada pembangkang. Jelasnya saya berpendapat slogan ini muncul kerana suasana bukan dimunculkan untuk membentuk suasana.
Apa juga slogan yang muncul saya tertarik dengan pandangan Datuk A. Kadir Jasin dalam kesimpulannya dalam satu rancangan di Astro (kalau tak salah rancangan “Perspektif Kita”). Beliau mengatakan rakyat Malaysia adalah satu golongan manusia yang tak faham apa-apa kerana malas membaca dan memahami.
Kerana itulah kita sering diperkotak-katikkan. Sekarang kita bukan sahaja berdepan dengan cabaran memenuhi keperluan hidup tetapi juga cabaran untuk memahami siapa kita dan sejauh mana fungsi kita dalam negara ini dan berani atau tidak untuk kita berfungsi.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
2 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan