CADANGAN KERTAS KERJA
BENGKEL PEMANTAPAN KAKITANGAN BIL.1/2009
TARIKH :
5 MEI 2009
TEMPAT :
Bilik Mesyuarat,
Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah
Selangor Darul Ehsan.
ANJURAN:
Unit Kaunseling & Psikologi, PPKKS
PENGENALAN
Program Bengkel Pemantapan Kakitangan Bil.1/2009 dirancang khusus sebagai satu kaedah memantapkan prestasi kakitangan PPKKS. Bengkel ini juga menekankan bagaimana memahami peranan, tugas dan tanggungjawab petugas kebajikan seterusnya berasa selesa dengan kerjaya tersebut sebagai satu kepuasan dalam kehidupan.
TUJUAN DAN MATLAMAT
Sebagai wadah untuk memantapkan semangat berkerja, berpasukan dan berkebajikan.
OBJEKTIF
Mencetuskan idea dan semangat peserta bengkel menjadi pekerja sosial dan kebajikan yang komited.
Membantu peserta memahami diri.
Menyedia dan memantapkan peserta untuk berdepan dengan isu-isu dalam kerja sosial dan kebajikan.
KAEDAH
Kaedah atau pendekatan ceramah dan latihan dalam kumpulan digunakan dalam program ini.
PELAKSANAAN PROGRAM
Pelaksanaan program adalah pada 5 Mei 2009 yang melibatkan kakitangan dari PPKK Serendah sahaja.
KUMPULAN SASARAN
Seramai 30 orang peserta akan dipilih untuk menyertai program ini. Mereka adalah terdiri daripada kakitangan PPKK Serendah.
PENGGERAK KERJA
Terdapat tiga orang penceramah yang akan mengendalikan bengkel ini terdiri daripada seorang Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Mantan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah. Penyelaras program bengkel ini ialah Penolong Pegawai Psikologi PPKKS.
ATURCARA
Seperti di lampiran 1
PERANCANGAN KEWANGAN
Seperti di lampiran 2
PENILAIAN PROGRAM
Borang soal selidik akan diedarkan di akhir program untuk mendapatkan maklum balas daripada peserta sama ada matlamat dan objektif program telah tercapai. Maklumbalas ini akan dijadikan panduan atau rujukan untuk perancangan program pada masa akan datang.
PENUTUP
Program Bengkel Pemantapan Kakitangan Bil.1/2009 merupakan aktiviti yang dirancangkan khusus untuk terus memantapkan prestasi kakitangan dalam institusi melalui percambahan idea dan pemupukan komitmen yang berterusan.
LAMPIRAN 1
ATURCARA PROGRAM BENGKEL PEMANTAPAN KAKITANGAN
BIL.1/2009
SELASA & RABU 05 MEI 2009
8.00 pagi
Pendaftaran peserta
8.30 pagi
Sesi 1
“Ujian Personaliti dan Pembinaan Pasukan”
Penceramah : Puan Nur Akhtar binti Ab. Rasab
Pegawai Psikologi di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak
10.00 pagi
Minum pagi
10.30 pagi
Sesi 2
“Mendepani Tekanan”
Penceramah : Encik Mohd. Shahrulnizam bin Mazlan
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor
12.30 tengahari Rehat
2.30 petang
Sesi 3
“Perkongsian Pengalaman”
Penceramah : Encik Mohamed Zin bin Mat Salleh
Mantan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor
4.30 petang
Minum petang
5.00 petang
Bersurai
LAMPIRAN 2
BAJET KEWANGAN
PERALATAN
KOS (RM)
Makanan (RM 25 x 30 = 750.00)
Bayaran penceramah (RM 300.00)
Kontijensi (RM 200.00)
JUMLAH (RM 1250.00)
Disediakan oleh :
( RAMLAN BIN RAMLI )
Penolong Pegawai Psikologi
Penyelaras Program Bengkel Pemantapan Kakitangan Bil.1/2009
Disahkan oleh :
( ZAMRI BIN MOHAMAD )
Pengetua
Pusar Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan