Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan

Selasa, 26 Januari 2010

Lapor Diri Ke PKMD Kinta

Setelah sekian lama menunggu akhirnya pada hari Isnin 18 Januari 2010 sampailah sepucuk surat kenaikan pangkat S32 (memangku). Kenaikan tersebut berkuatkuasa pada tarikh yang sama surat tersebut sampai dan aku perlu melapor diri ke KPWKM di Wisma Sime Darby, KL.

Hari tu sampai hari tu juga nak kena lapor diri...apa nak buat...tetapi hati tetap gembira dan bersyukur. Segala masalah remeh temeh dah tak dipedulikan lagi. So esoknya 19 Januari aku lapor diri ke tingkat 6 Wisma Sime Darby, KPWKM. Kemudian ke Menara TIMA untuk pengesahan penempatan.

Bersama dengan aku, Mariam daripada RKK Kuantan dan Rosmawati daripada RKK Kepala Batas. Awal-awal lagi Mariam mintak kalau dapat nak tukar tempat dengan aku kalau boleh. Akhirnya memang kabar angin yang didengar betul aku ditempatkan ke PKMD Klang, Mariam ke PKMD Kinta dan Rosmawati ke JKMN Perlis.

Oleh kerana keadaan kesihatan ayahnya tidak mengizinkan Mariam berada jauh maka aku dan Mariam tukar suka sama suka. Aku ke PKMD Kinta dan Mariam ke PKMD Klang.

Sebenarnya dah 10 tahun aku bermastautin di Selangor bermula di Puchong, Shah Alam, Seri Kembangan, Kajang, Bangi, Kuala Lumpur dan terkini di Serendah. Fakta yang semua terpaksa akui ialah kesesakan jalan raya. So kalau dapat aku nak merasa pulak berkerja di luar Selangor. Apakah cabaran yang bakal mendatang. Mampukah aku menghadapinya. Ini semua bermain di minda dan menyebabkan aku rasa seram sejuk.

Walaupun di Perak juga Pegawai dan Penolong Pegawainya orang baru tetapi kebanyakan mereka telah pernah berkerja dengan pelbagai jawatan lain dan tentunya lebih banyak pengalaman. Berbeza dengan di Selangor.

Bagaimanapun aku mengharapkan lebih banyak ilmu yang dapat aku pelajari di sana.

Surat khabar hari ini 26 Januari mengatakan 9 Februari adalah tarikh di mana Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan tentang pertikaian siapa Menteri Besar Perak yang baru. Seandainya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak Dato' Seri Ir. Nizar bin Jamaluddin maka tentunya beliau akan memohon perkenan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya kecil peringkat Negeri Perak diadakan. Masak ler aku dah masuk PKMD Kinta nanti...

Apa-apa pun kepada kawan-kawan di JKMN Selangor aku sentiasa akan merindui korang... dengan pesanan jadilah seperti biji benih walau dihanyutkan air walau diterbangkan angin asal terdampar akan bercambah dan tumbuh membesar. Akar memasak bumi, pucuk menggapai awan...

Jangan jadi seperti sekeping tatal, hanyut atau terbang jatuh ke tanah tak dipedulikan orang.

Kepada rakan-rakan di PPKKS selamat berjuang. Ingatlah hanya di PPKKS kita dapat menggunakan segala ruang dan peluang untuk berkerja dengan gaya kita sendiri. Kepuasan melihat anak didik kita berjaya adalah harta yang tak ternilai. Sahamnya terus memberi laba hingga ke liang lahad.

Salam sayang buat semua kengkawan di Selangor. Doakan aku semoga berjaya di Perak.

Rabu, 19 Ogos 2009

Program PPKKS Sepanjang Bulan Puasa

Program : Ceramah Al-Quran Panduan Hidup
Tarikh : 3 September 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Wawasan, PPKK Serendah
Peserta : Semua pelatih dan kakitangan Muslim

Program : Program Pengenalan Usrah bersama PEPIAS
Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Wawasan, PPKK Serendah
Peserta : Semua pelatih muslim (60 orang)

PENGENALAN

Usrah dari segi bahasa bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga. Manakala dari segi istilah bermaksud kumpulan individu Muslim yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam. Mereka ini melakukan kerja-kerja Islam sebagai menyahut seruan Allah SWT dalam surah al- Asr yang bermaksud :

“Hendaklah kamu nasihat menasihati dengan kebenaran
dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.”

Jelasnya disini usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan pelatih PPKK Serendah untuk menjadikan proses pembelajaran ilmu Islam menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Amalan tegur menegur antara sesama pelatih akan memantapkan lagi proses ke arah bertingkah laku positif menerusi dorongan rakan sebaya.

Hubungan kasih sayang yang terjalin antara sesama pelatih dalam usrah sangat bermakna kerana di PPKKS para penghuninya sangat dahagakan kasih sayang lantaran terlalu kurang atau terpisah jauh dengan keluarga asal.

TUJUAN USRAH

1. Mendidik hati para pelatih untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah SWT.
2. Menghubungkan pelatih secara langsung dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.
3. Mengiltizamkan pelatih dengan akhlak murni berasaskan al-Quran.
4. Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai contoh ikutan dalam kehidupan seharian.
5. Supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
6. Dapat membentuk peribadi Muslim, keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
7. Merapatkan ukhwah dan kasih sayang di kalangan pelatih.
8. Menghidupkan budaya nasihat menasihati di kalangan pelatih.
9. Dapat menguji bakat dan kebolehan pelatih terutama dalam bidang kepimpinan.
10. Dapat memahami peribadi pelatih dengan lebih dekat seperti pemanas, pemurah, penakut, gopoh, lembab den sebagainya.

RUKUN USRAH

Terdiri daripada tiga iaitu :

1. Taaruf
Bermaksud berkenalan sesama pelatih seperti nama, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat asal dan pengalaman yang dilalui selama ini. Matlamat taaruf ialah sehingga setiap pelatih merasakan bahawa setiap mereka adalah sebahagian dari dirinya. Jelasnya taaruf adalah langkah awal membentuk kasih sayang. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Orang mukmin bagi orang mukmin itu
laksana bangunan yang sebahagiannya
memperkuatkan sebahagian yang lain”

2. Tafahum
Bermaksud saling bersefahaman sesama pelatih dalam hubungan dan kehidupan sehari-hari. Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman yang mantap dalam kalangan pelatih. Melalui persefahaman perasaan syak wasangka dan buli membuli akan terhindar. Tafahum berkait rapat dengan ukhwah, kerana ukhwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman sesama pelatih.

3. Takaful
Bermaksud tolong menolong sesama pelatih. Dalam konteks PPKKS tolong menolong dari segi moral dan emosi sangat berperanan meneguhkan peribadi sesama pelatih. Ia merupakan tunjang dan intipati kepada ukhwah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak
menolong saudaranya adalah lebih baik baginya ia
beriktikaf selama sebulan dalam masjid aku
(masjid Nabawi).”

PERLAKSANAAN USRAH DI PPKKS

Pelatih PPKKS terdiri daripada kanak-kanak :

1) Teraniaya
2) Terbiar
3) Mengemis
4) Tiada tempat tinggal yang tetap
5) Terbuang
6) Terdampar
7) Mangsa perbalahan keluarga
8) Yatim piatu

Kumpulan sasar ini didapati mempunyai trauma tersendiri kesan daripada pengalaman masing-masing. Oleh yang demikian program terapi dan pemulihan yang bersesuaian perlu dijalankan bagi memulihkan semangat dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri dan persekitaran.

Mereka juga agak lemah dari segi akademik, bagaimanapun dalam melaksanakan aktiviti usrah ini modul yang akan digunakan adalah bersesuaian dengan tahap pemikiran dan kematangan pelatih itu sendiri.

Oleh yang demikian program yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu 12 September 2009 ini merupakan langkah awal dalam mengenalpasti tahap-tahap tersebut. Modul yang akan dilaksanakan pada hari tersebut adalah Taaruf iaitu rukun usrah yang pertama. Para pelatih akan dibahagikan kepada tujuh kumpulan secara rawak dan akan berbincang isu-isu asas seperti berikut :

1. Nama
2. Umur
3. Latar belakang pendidikan
4. Latar belakang keluarga
5. Tempat asal
6. Pengalaman yang dilalui selama ini

Seusai sesi asas ini pelatih akan dibawa berbincang tentang kisah-kisah para anbiya’ dan kaitannya dengan kehidupan pelatih masa lalu, masa sekarang dan harapan pelatih untuk masa hadapan.

Melalui sesi ini fasilitator akan mengenalpasti tahap-tahap pemikiran dan kematangan pelatih dan menyesuaikan modul sedia ada dengan tahap pelatih PPKKS.

PENGGERAK KERJA

Program ini akan dilaksanakan dengan bantuan fasilitator seramai sepuluh orang daripada Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan Penolong Pegawai Psikologi PPKKS bertindak sebagai penyelaras.

KESIMPULAN

Para pelatih PPKKS memerlukan program secara berkala berterusan dan berkesan bagi membantu mereka memantapkan kesedaran emosi dan kesedaran spiritual. Modul pembelajaran yang telah sedia ada di PPKKS dan diamalkan di bengkel-bengkel dan kelas adalah yang terbaik. Pelatih mendapat latihan yang sesuai dengan tahap pemikiran dan kematangan mereka dan hasilnya daripada tidak tahu apa-apa pelatih boleh melaksanakan kerja-kerja mekanikal dengan baik dan bermutu.

Guru-guru di PPKKS juga tidak bersikap lepas tangan begitu saja apabila pelatih telah tamat perintah sebaliknya para guru bertungkus lumus bersusah payah mencarikan kerja untuk pelatih terutamanya bagi pelatih yang telah tiada keluarga. Setakat ini PPKKS mempunyai hubungan baik dengan Syarikat Tan Chong Motor dan mereka tidak keberatan bahkan mengalu-alukan pelatih PPKKS untuk datang berkerja.

Bagaimanapun ada kalangan pelatih ini yang tidak menghargainya. Setelah dicarikan kerja mereka hanya bertahan sebulan dua sebelum berhenti. Setelah disiasat didapati pelatih ini walaupun boleh berkerja tetapi tidak dapat menguruskan emosi dengan baik sehingga bermasalah dengan rakan sekerja.

Atas sebab yang demikianlah maka Unit Kaunseling dan Psikologi berusaha mengadakan program ini bagi memberi kesan yang positif kepada pelatih sebagai lanjutan daripada program-program sebelum ini.


Disediakan oleh :




(RAMLAN BIN RAMLI)
Penolong Pegawai Psikologi
PPKKS Disahkan oleh :




(HAJI ABDUL RAZAK BIN AZIZ)
Pengetua
PPKKS




Program : Tayangan Filem Bertema Agama (wayang pacak)
Tarikh : 14 September 2009 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik TV, PPKK Serendah
Peserta : Semua pelatih

Jumaat, 31 Julai 2009

BAKA IPK Selangor

Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM,
Plaza Perangsang,
Tingkat 7, Plaza Perangsang,
Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
(up : Superintendan Rosli bin Din)

Telefon : 03 - 5514 5222

Program Ceramah Ambang Ramadhan 1430 Hijrah




Tajuk ceramah : Ramadhan Membentuk Jatidiri

Tarikh : 18 Ogos 2009 (Selasa)

Masa : 9.00 am

Tempat : Dewan Wawasan, PPKK Serendah

Peserta : 60 orang pelatih dan 20 orang kakitangan

Penceramah : Pegawai Polis beruniform dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Penyelaras : Ramlan bin Ramli
Penolong Pegawai Psikologi PPKKS

PERHATIAN!

Sekiranya berhajat mengadakan sebarang program dengan BAKA Bukit Aman bolehlah menulis surat ke alamat :

Y. Bhg. Dato' Dr. Hashim bin Haron
Timbalan Pengarah Pengurusan
(Agama dan Kaunseling)
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.

Faks : 03 - 2262 6997

Telefon : 03 - 2262 7805 / 7816 / 7813 (Ustazah Khadijah)

Rabu, 29 Julai 2009

Program Motivasi (pengurusan stress) Pelatih PPKKS bersama pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI Bil. 3/2009

Tarikh : 20 Ogos 2009

Hari : Khamis

Masa : 8.00 am - 5.00 pm

Tempat : Dewan Wawasan, PPKKS

Peserta : 64 orang pelatih PPKKS

Anjuran : Pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Psikologi PPKKS

Penyelaras : Ramlan bin Ramli

Program Motivasi (kerjaya) Pelatih PPKKS bersama pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI Bil. 2/2009

Tarikh : 7 & 8 Ogos 2009

Hari : Jumaat & Sabtu

Masa : 3 petang (Jumaat) - 5 Petang (Sabtu)

Tempat : Dewan Wawasan, PPKKS

Peserta : 64 orang pelatih PPKKS

Anjuran : Pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Psikologi PPKKS.

Penyelaras : Ramlan bin Ramli

Jumaat, 24 Julai 2009

Program Ambang Ramadhan







Tarikh : 12 April 2009

Hari : Rabu

Masa : 9.00 am - 4.00 pm

Tempat : Resort Restu Ibu, Kampung Ulu Kalung, Ulu Yan Bharu, Hulu Selangor, Selangor.

Peserta : Pelatih PPKKS, Kakitangan PPKKS, Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi JKMN Selangor, Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKMM, Pengarah Bahagian Kaunseling JKMM.

Penyelaras : Ramlan bin Ramli, Penolong Pegawai Psikologi, PPKK Serendah.

Selasa, 21 Julai 2009

LAPORAN PROGRAM PSIKOPENDIDIKAN PUSAT PERKEMBANGAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN SERENDAH BAGI SUKU TAHUN PERTAMA 2009

Nama program : Kem Ikhtiar Hidup Bil. 1/2009
Tarikh : 23 – 25 Januari 2009
Tempat : Tapak Perkhemahan PPKKS
Bilangan peserta : 30 orang
Kategori peserta : Pelatih PPKKS

LAPORAN :

Program ini diadakan susulan daripada pemerhatian dan perbincangan antara Unit Kaunseling dan Psikologi dengan Pengetua dan tenaga pengajar PPKKS. Para pelatih memerlukan satu program yang memerlukan mereka memasak sendiri sabagai satu kaedah memahami dan mensyukuri makanan sebagai satu nikmat anugerah Tuhan.

Selain itu ia juga berperanan membentuk semangat berpasukan dalam diri pelatih selain daripada menjana kreativiti mereka. Untuk itu aktiviti program ini dirangka dengan mengambil kira semua aspek di atas bagi mencapai satu tahap perubahan dan kesedaran dalam diri pelatih.

Satu halangan yang terpaksa dilalui bagi merealisasikan program ini ialah bajet. Oleh kerana ia diadakan betul-betul pada awal tahun maka masalah ini tidak dapat dielakkan. Bagi mengatasinya Pengetua telah mencadangkan agar program ini diadakan di dalam kawasan PPKKS dan dipersetujui kemudiannya program ini diadakan di suatu kawasan lapang yang dipagari pokok renek, berhampiran dengan Sungai Kelaci, bersebelahan dengan padang bola PPKKS.

Oleh kerana kawasan tapak perkhemahan yang terhad maka pelatih terpaksa dibahagikan kepada dua kumpulan seramai 30 orang bagi satu kumpulan. Kumpulan pertama dalam lingkungan umur 15 tahun ke bawah dan kumpulan kedua akan mengikuti program yang sama fasa kedua dalam bulan Februari.

Walaupun aktiviti ini diadakan dalam kawasan PPKKS dan para pelatih telah biasa dengan persekitarannya, tetapi aktiviti ini tetap mengujakan mereka. Secara umumnya dalam bahasa mudah bolehlah dikatakan bahawa aktiviti utama dalam program ini adalah memasak. Pelatih dibekalkan dengan bahan makanan kering dan basah mengikut peruntukan catuan harian dan memasaknya mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Aktiviti lain yang melibatkan kreativiti ialah penggunaan gajet dan membina replika tanah liat. Peserta juga berpeluang bermain perang tanah liat sebagai satu permainan yang memerlukan mereka merangka strategi.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua PPKKS di tapak perkhemahan pada hari terakhir. Pengetua berjanji Unit Kaunseling dan Psikologi PPKKS akan mengadakan program dengan lebih kerap mengikut kesesuaian, keperluan dan permintaan pelatih.

Nama program : Program Bimbingan Kerjaya Pelatih PPKKS bersama Pelajar UPSI
Tarikh : 13 – 14 Februari 2009
Tempat : Dewan Wawasan, PPKKS
Bilangan peserta : 60 orang
Kategori peserta : Pelatih PPKKS

Nama program : Kem Ikhtiar Hidup Bil. 2/2009
Tarikh : 20 – 22 Februari 2009
Tempat : Tapak Perkhemahan PPKKS
Bilangan peserta : 30 orang
Kategori peserta : Pelatih PPKKS

Nama program : Program Mentor Mentee Kakitangan PPKKS (Proses Penerimaan Pelatih Baru)
Tarikh : 16 April 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPKKS
Bilangan peserta : 4 orang
Kategori peserta : Pembantu Kebajikan Masyarakat S17

Nama program : Program Mentor Mentee Kakitangan PPKKS (Kemahiran Menemubual Klien)
Tarikh : 22 April 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPKKS
Bilangan peserta : 4 orang
Kategori peserta : Pembantu Kebajikan Masyarakat S17

Nama program : Bengkel Pemantapan Kakitangan Bil. 1/2009
Tarikh : 5 Mei 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPKKS
Bilangan peserta : 24 orang
Kategori peserta : Kakitangan PPKKS

Nama program : Program Mentor Mentee Kakitangan PPKKS (Kemahiran Temuramah Kelompok)
Tarikh : 21 Mei 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPKKS
Bilangan peserta : 4 orang
Kategori peserta : Kakitangan PPKKS

Nama program : Program Kem Motivasi dan Jatidiri 2009
Tarikh : 3 - 5 Julai 2009
Tempat : Kem Perah, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor.
Bilangan peserta : 60 orang
Kategori peserta : Pelatih PPKKS

Jumaat, 17 Julai 2009

Program Bimbingan Sahsiah Diri & Kerjaya.

Tarikh : 6 Ogos 2009

Hari : Khamis

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Wawasan, PPKK Serendah

Penceramah : Samsudin bin Mohamed
Ketua Penolong Pengarah (Ps) K1
B.Ed. (Guidance and Counseling) - UPM
M.A (Curiculum and Pedagogy) - UKM

Fasilitator : Oon Siew Fen
Penolong Pengarah (Ps) K2
Bac. (Counseling) - UM

Anjuran : Unit Kaunseling dan Psikologi PPKKS

Penyelaras : Ramlan bin Ramli