Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 15 September 2009

Cadangan Kertas Kerja Kem Motivasi dan Jatidiri PPKKS 2009

CADANGAN KERTAS KERJA
KEM MOTIVASI DAN JATIDIRI PPKKS 2009

TARIKH :
3 – 5 JULAI 2009

TEMPAT :
Kem Perah,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor.

ANJURAN:
Unit Kaunseling & Psikologi, PPKKS

PENGENALAN

Program Kem Motivasi dan Jatidiri PPKKS 2009 dianjurkan bertujuan meningkatkan semangat dan jatidiri pelatih PPKKS yang terdiri daripada kanak-kanak :

1) Teraniaya
2) Terbiar
3) Mengemis
4) Tiada tempat tinggal yang tetap
5) Terbuang
6) Terdampar
7) Mangsa perbalahan keluarga
8) Yatim piatu

Kumpulan sasar ini didapati mempunyai trauma tersendiri kesan daripada pengalaman masing-masing. Oleh yang demikian program terapi dan pemulihan yang bersesuaian perlu dijalankan bagi memulihkan semangat dan kepercayaan mereka terhadap diri sendiri dan persekitaran.

Aktiviti selama tiga hari dua malam ini menggabungkan tiga elemae yang membentuk sikap seseorang individu iaitu :

1) Pemikiran
2) Perasaan
3) Tingkah laku

Pembentukan sikap pelatih sangat penting untuk mereka selepas keluar dari PPKKS dan masuk ke dalam masyarakat. Diharapkan para pelatih setelah tamat latihan di PPKKS dapat menyumbang ke arah pembangunan negara hasil didikan semasa di sini.

TUJUAN DAN MATLAMAT

Para peserta dapat membentuk kembali sikap mereka agar lebih berdisplin, berani, berdikari, berkerjasama, hormat menghormati dan percaya kepada persekitaran selain dapat menanamkan rasa kesedaran diri dalam memahami matlamat hidup serta menyedari tanggungjawab diri.

OBJEKTIF

Memberi pengalaman baru kepada pelatih.
Meningkatkan daya kreativiti dan semangat berpasukan melalui aktiviti fizikal.
Merangsang pemikiran dan tingkahlaku pelatih ke arah aktiviti yang lebih sihat dan berfaedah.
Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kemesraan antara sesama pelatih dan kakitangan.

KAEDAH

Pendekatan aktiviti fizikal yang lasak secara berkumpulan dan penyampaian mesej atau rasional program secara rumusan.

PELAKSANAAN PROGRAM

Akan dilaksanakan pada 3 – 5 Julai 2009 melibatkan peserta dari PPKKS sahaja.

KUMPULAN SASARAN

Terdiri daripada 70 orang peserta akan dipilih menyertai program ini meliputi semua pelatih PPKKS

PENGGERAK KERJA

Keseluruhan aktiviti fizikal akan dikendalikan oleh Komandan Kem Perah dengan dibantu oleh fasilitator kem, Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi JKMN Selangor. Penolong Pegawai Psikologi PPKKS bertindak sebagai penyelaras program ini.

ATURCARA

Seperti di lampiran 1

PERANCANGAN KEWANGAN

Seperti di lampiran 2

PENILAIAN PROGRAM

Program ini akan dinilai daripada maklum balas tiga pihak iaitu pihak Kem Perah selaku Komandan dan fasilitator, pegawai dan penolong pegawai psikologi selaku fasilitator dan peserta kem ini melalui maklum balas bertulis dan lisan.

PENUTUP

Program Kem Motivasi dan Jatidiri PPKKS 2009 merupakan acara tahunan yang dianjurkan saban tahun di PPKKS. Melalui program ini pelatih dapat melepaskan tenaga remaja mereka dengan cara yang positif. Kebiasaannya tingkah laku pelatih akan berubah secara umum daripada sukar kepada mudah menurut peraturan dalam institusi. Melalui hubungan dengan fasilitator semasa dalam kem pelatih dapat memantapkan kaedah mereka berkomunikasi sesama rakan dan dengan pegawai.

LAMPIRAN 1

ATURCARA PROGRAM KEM MOTIVASI DAN JATIDIRI PPKKS 2009


Jumaat
3 Julai 2009
3.00 pm Bertolak dari PPKKS ke Kem Perah, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
4.00 pm Peserta lapor diri di tapak kem, taklimat, lantikan penghulu, penolong penghulu, Imam dan Bilal, mendirikan khemah, Solat Asar.
6.30 pm Makan malam
7.30 pm Solat Maghrib dan Solat Isyak
9.30 pm Aktiviti Night Walk
11.00 pm Rasional aktiviti dan minum malam
12.00 pm Tidur


Sabtu
4 Julai 2009
5.30 am Bangun tidur, Solat Subuh dan riadhah
7.00 am Sarapan pagi
7.30 am Junggle trackking
10.00 am Minum pagi (dalam hutan)
1.00 pm Tiba di kem, makan tengah hari dan Solat Zohor
2.00 pm Amazing Race
5.00 pm Solat Asar
7.00 pm Makan malam, Solat Maghrib dan Isyak
9.00 pm Aktiviti malam kebudayaan dan BBQ
11.00 pm Minum malam
11.30 pm Tidur


Ahad
5 Julai 2009
5.30 am Bangun tidur, Solat Subuh dan riadhah
7.00 am Sarapan pagi
7.30 am Treasure Hunt (ulangkaji)
10.00 am Minum pagi
10.30 am Acara penutup
1.00 pm Makan tengah hari dan Solat Zohor
2.00 pm Bersurai


LAMPIRAN 2


BAJET KEWANGAN


PERALATAN
KOS (RM)
Sewa kawasan 600.00
Aktiviti (Night Walk, Junggle Tracking, Amazing Race, Malam Kebudayaan dan Treasure Hunt) 4300.00
Makanan 3800.00
Bayaran jurulatih 300.00
Kontijensi 200.00
JUMLAH 9200.00

Disediakan oleh :

( RAMLAN BIN RAMLI )
Penolong Pegawai Psikologi
Penyelaras Program Bengkel Pemantapan Kakitangan Bil.1/2009

Disahkan oleh :

( ZAMRI BIN MOHAMAD )
Pengetua
Pusar Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah

2 ulasan:

  1. Saya amat berminat dengan kem yang berbentuk motivasi. kalau Tuan tidak kisah untuk berkongsi ilmu dengan saya tentang kem-kem yang berbentuk motivasi, mungkin tentang modul atau pengisian kem sendiri.

    tq

    norah_aniza@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. q bingung dengan modul-modul untuk pembelajaran diskol q,,,, ni tentang mapel BTA,,,yang tidak lagi diterbitkan oleh pemerintah,,,q kecewa dg semua itu,, karena ni menurut q pribadi sangatlah penting,,,

      Padam