Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Sijil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sijil. Papar semua catatan

Selasa, 1 September 2009

Shin Etsu


Ni sijil sebab tak pernah ponteng kerja. Aku dapat copper sebab masuk kerja dah tiga empat bulan sebelum habis tahun. Masa ni la aku batuk teruk sebab kilang ni banyak habuk kimia. Dah macam-macam ubat batuk aku telan tapi tak baik. Tapi sakit macam mana pun aku tetap pergi kerja.

Wakil Drama 1995

Tahun 1995 buat pertama kalinya aku join rombongan sekolah yang paling best. Jadi pelakon teater, yang paling bestnyer kalau ikut bajet memang aku tak dapat ler nak ikut tapi sebab aku salah seorang pelakon dapat banyak sponsor. Raya sakan aku kat sana.

Duit yang aku dapat masa kat sana aku beli kain batik untuk Mak (nenek aku panggil mak) dan kain pelekat untuk Wan (datuk aku). Nak jadikan cerita bila sampai kat rumah baru perasan kain batik tu kain batik panjang. Sedih sangat bila mak habaq kain tu elok nanti kalau dia mati tutup jenazah dengan kain tu...

Tahun 2002 memang betul kain yang aku beli tu tutup jenazah mak...

Al-Fatihah...

Sijil Khemah Ibadah


Masa sekolah rendah aku lembab sikit. Langsung tak ada aktiviti kokurikulum yang aku terlibat. Nasib baik ler ustazah pilih aku join program ni kalau tak langsung takde aktiviti nak tulis dalam sijil berhenti sekolah rendah. So... ni ler satu-satunya aktiviti luar aku masa sekolah rendah.

Sijil Tadika 1985