Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan

Khamis, 6 Januari 2011

Renungan...

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya: "Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?" Maka ia menjawab: "Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Khamis, 3 Jun 2010

7 Pemuda...

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah:

1. Pemerintah yang adil,

2. PEMUDA yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya,

3. orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,

4. dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,

5. orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,

6. orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,

7. dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Jumaat, 26 Februari 2010

Hadis Abu Tha'labah Al-Khusyani r.a katanya:

Aku telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, kami tinggal di bumi satu kaum dari kalangan Ahli Kitab.

Kami makan dengan menggunakan bekas mereka dan di situ aku berburu.

Aku berburu dengan menggunakan panah, terkadang dengan menggunakan anjingku yang telah terlatih dan terkadang pula dengan menggunakan anjingku yang tidak terlatih.

Ceritakanlah kepadaku apa yang halal untuk kami dari semua itu.

Baginda bersabda: Apa yang kamu katakan bahawa kamu tinggal di negeri kaum Ahli Kitab lalu kamu makan dengan menggunakan bekas mereka, sekiranya kamu boleh dapati selain dari bekas mereka, janganlah kamu makan di dalam bekasnya.

Kalau kamu tidak dapati selainnya, basuhlah dahulu dan makanlah di dalam bekasnya.

Mengenai kamu berburu di tanah pemburuan, apa yang kamu lontar dengan panah sebutlah nama Allah kemudian makanlah dan mengenai hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang telah terlatih, sebutlah nama Allah kemudian makanlah.

Adapun hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang tidak terlatih, jika kamu dapat menyembelihnya, maka makanlah.

Hadis Muslim

Hadis Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah menghantar kami dengan diketuai oleh Abu Ubaidah untuk menemui kafilah atau rombongan kaum Quraisy yang membawa bekalan makanan untuk kami dengan sebekas kurma dan tiada bekalan untuk kami selainnya.

Abu Ubaidah hanya memberikan kepada kami sebiji kurma seorang. Aku bertanya: Bagaimana kamu semua buat?

Beliau menjawab: Kami menghisapnya seperti seorang bayi kemudian meminum air, ia cukup untuk hari tersebut hingga ke malamnya.

Selebihnya kami terpaksa mencari daun kayu dengan menggunakan tongkat kami.

Daun tersebut kami basahi atau kami campur dengan air lalu kami memakannya, kemudian kami menuju ke tepi laut.

Di pantai tersebut kami melihat seperti setompok pasir yang agak besar.

Apabila kami mendekatinya kami dapati ianya seekor binatang yang dinamakan Anbar (ikan panjang dan berkepala lebar atau ikan paus).

Beliau (Perawi) berkata: Abu Ubaidah mengatakan ianya sudah menjadi bangkai.

Kemudian beliau berkata: Tidak, kita adalah utusan Rasulullah s.a.w yang sedang berada di jalan Allah, kerana terpaksa kamu boleh memakannya.

Beliau menambah: Kami mengambil masa selama sebulan dengan jumlah kami kesemuanya tiga ratus orang sehingga kami menjadi gemuk.

Beliau menambah lagi: Aku mencadangkan agar kami mencedok minyak dengan menebuk matanya menggunakan satu pembuluh besar dan kami memotong dagingnya seperti lembu atau seperti daging lembu.

Abu Ubaidah telah memerintahkan tiga belas orang di antara kami untuk menebuk mata dan dia telah mengambil salah satu daripada tulang rusuknya, maka merekapun melakukannya kemudian membawanya dengan unta yang paling besar yang ada pada kami dengan menanggungnya.

Lalu kami membawa bekalan daging dan memasakkannya separuh masak.

Manakala kami tiba di Madinah, kami menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan pengalaman tersebut kepada baginda.

Baginda bersabda: Itu adalah rezeki yang diberikan oleh Allah kepadamu.

Adakah kamu masih mempunyai sebahagian dagingnya untuk kami makan?

Lalu kami mengirimkan daging ikan tersebut kepada Rasulullah s.a.w dan baginda pun memakannya

http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1118