Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 31 Oktober 2009

Harapanku

Sajak ini diterjemahkan oleh Dato' A Kadir Jasin daripada karya asal "MY ONLY WISH" yang di deklamasikan dengan penuh melankoli oleh seorang kanak-kanak Malaysia, Ismail Ibrahim bin Yahaya, lapan tahun di majlis pembukaan Persidangan dan Pameran Menjenayahkan Perang (criminalising war) oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).


SEGALA bala tenteramu
Segala pesawat pejuangmu
Segala kereta kebalmu
Dan Segala soldadumu
Berdepan seorang kanak-kanak
Yang menggenggam seketul batu
Bersendirian dia berdiri di situ
Dalam sinar matanya
Kulihat sinar mantari
Dalam senyumnya
Kulihat sinar rembulan
Dan aku pun bertanya
Sekadar bertanya
Siapa yang lemah melarat?
Dan siapa yang kuat hebat?
Siapa yang benar?
Dan siapa yang hambar?
Dan aku berharap
Sekadar berharap
Yang kebenaran
Kini berada di hadapan.

Selasa, 27 Oktober 2009

Talian Bantuan


Seminar Pendidikan Tinggi Islam

Ucapan Sempena Majlis Jamuan Hari Raya PPKKS

Teks ucapan ni aku buat untuk Haji Razak Aziz Pengetua PPKKS sempena program di atas.

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul dan bersua muka pada hari ini bagi merapatkan silaturrahim dan meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu sepanjang sebulan Ramadhan yang telah lalu.

Majlis Jamuan Hari Raya ini sebenarnya diadakan khusus bagi meraikan para pelatih institusi, kakitangan, Ahli Lembaga Pelawat dan agensi-agensi lain yang banyak membantu institusi sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Justeru itu saya mewakili seluruh warga kerja dan pelatih PPKKS mengalu-alukan kehadiran para jemputan terutama kepada Pengarah JKMN Selangor Tuan Haji Adnan bin Abu Bakar, Dato’ Pengerusi Lembaga Pelawat, Dato’ Zainal Abidin bin Haji Sakom, barisan ahli-ahli Lembaga Pelawat, ketua-ketua agensi seterusnya para hadirin yang dihormati sekelian.

Kehadiran Tuan Haji, Y.Bhg Dato’, dan para hadirin merupakan sumbangan kepada pembangunan sahsiah dan jatidiri pelatih institusi ini. Disebabkan itulah pihak institusi saban tahun tidak pernah lupa mengadakan majlis sebegini kerana selain daripada dapat merapatkan ukhwah sesama kita, ianya juga merupakan suatu terapi kepada jiwa dan minda para pelatih.

Atas kesedaran dan keperluan ini maka pihak institusi mengambil langkah menyambut semua perayaan budaya dan agama masyarakat Malaysia bagi memberi impak kepada pelatih bahawa mereka sama sekali tidak disisihkan bahkan ada ketika mereka mendapat perhatian yang lebih baik daripada kanak-kanak yang bernasib baik tinggal bersama keluarga.

Pihak institusi juga akan mengadakan sambutan Deepavalli untuk pelatih beragama Hindu dan ianya akan diraikan bersama seperti juga sambutan hari raya. Begitu jugalah dengan lain-lain perayaan yang memenuhi kalender atau takwim tahunan kita seperti Hari Guru, Hari Buruh, Hari Kebangsaan dan lain-lain.

Hasrat murni pihak institusi bagi menjadikan institusi ini se-selesa mungkin untuk para pelatih tidak akan tercapai sekiranya tidak disokong dengan peruntukan yang mencukupi. Untuk itu marilah kita memberikan tepukan gemuruh kepada Lembaga Pelawat kerana telah berusaha sedaya upaya bagi mencari dana untuk program-program pelatih di sini.

Menjadi harapan kepada seluruh warga kerja dan pelatih institusi ini untuk Lembaga Pelawat berkerja mencari dana dengan lebih giat agar dapat seiring dengan perancangan program yang telah disusun dan bakal dilaksanakan. Tanpa dana yang mencukupi apa juga idea yang baik dan bernas akan kekal di atas kertas putih, ditutup fail berkulit keras dan tersimpan kemas dalam kabinet besi tanpa dapat dilaksanakan.

Akhir kata daripada saya, majlis kita pada hari ini tidak akan dapat dijayakan tanpa penglibatan penuh dan bersungguh-sungguh para kakitangan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan tungkus lumus tuan puan sekalian.

Sekian, terima kasih.
Selamat menjamu selera.
Selamat hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir batin.

Khamis, 8 Oktober 2009

Madah Pujangga

A lot of people say the world needs another larger-than-life mythic hero like Mahatma Gandhi or Martin Luther King Jr. What they may not realise is that people all over the world are becoming Kings and Gandis in their own communities.

Sharif Khan, author of Psychology of the Hero Soul.

Selasa, 6 Oktober 2009

Sanggup Korbankan Anak Kerana Akidah



Di Mana Nor Aishah Bokhari



Tragedi Natrah Membakar Semangatnya


Di mana Islam Melayu selepas tragedi Natrah



Jasa mak cik Aminah Islamkan seorang Belanda dan seorang Jepun



Mazhab Wahabi ditinjau dari perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah



Bekam : 22 September 2009 bersamaan 3 Syawal 1430




Madah Dato' Onn


Allahyarham Datuk Onn Jaafar dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Umno di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang, 27-28 Julai, 1946, berbunyi:

“Kita orang Melayu masih ada juga menaruh sakit hati dan ada juga menaruh fikiran apakah sebabnya kita orang Melayu keciciran daripada bangsa asing. Jika kita perhalusi sedikit (dan) siasat, kita nescaya akan dapat jawapan dengan nyatanya. Lihatlah bangsa asing walau sedikit jumlahnya sekalipun pada satu-satu tempat tetapi mereka itu semua sentiasa bersatu dan berbantu-bantuan dalam segala hal.”