Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 13 Jun 2010

WAVING FLAG

When i get older, they'll call me freedom
Just like a Waving Flag.

[Chorus]
When I get older, I will be stronger,
They'll call me freedom, just like a Waving Flag,
And then it goes back, and then it goes back,
And then it goes back

Born to a throne, stronger than Rome
but Violent prone, poor people zone,
But it's my home, all I have known,
Where I got grown, streets we would roam.
But out of the darkness, I came the farthest,
Among the hardest survival.
Learn from these streets, it can be bleak,
Except no defeat, surrender retreat,

So we struggling, fighting to eat and
We wondering when we'll be free,
So we patiently wait, for that fateful day,
It's not far away, so for now we say

[Chorus]

So many wars, settling scores,
Bringing us promises, leaving us poor,
I heard them say, love is the way,
Love is the answer, that's what they say,
But look how they treat us, Make us believers,
We fight their battles, then they deceive us,
Try to control us, they couldn't hold us,
Cause we just move forward like Buffalo Soldiers.

But we struggling, fighting to eat,
And we wondering, when we'll be free
So we patiently wait, for that faithful day,
It's not far away, but for now we say,

[Chorus] 2x

(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And everybody will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And you and I will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And we all will be singing it
(Ohhh Ohh Ohh Ohh)

[Chorus] 2x

When I get older, when I get older
I will be stronger, just like a Waving Flag,
Just like a Waving Flag, just like a Waving flag
Flag, flag, Just like a Waving Flag

Jumaat, 4 Jun 2010

Harga Padi: Pegawai Perlu Pastikan Janji Menteri Dipenuhi


1. Saya berterima kasih kepada YB Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang sudi turun ke Sungai Besar pada minggu lalu bagi menangani isu pesawah padi. Pesawah di Sekinchan telah membuat satu demontrasi menuntut kerajaan menyelesaikan perbezaan harga padi antara Tanjong Karang dan kawasan lain.

2. Sebelum ini harga padi yang dipersetujui Bernas dan para pemborong ialah RM 1150 per tan bagi padi biasa. Manakala bagi padi benih RM 1300 per tan. Namun saya difahamkan padi di Tanjong Karang telah dibeli dengan RM 100 lebih tinggi dari harga yang ditetapkan.

3. Justeru itu dalam majlis yang diadakan, Datuk Seri Noh dan Bernas bersetuju menetapkan harga padi mengikut butiran berikut:


a. RM 1250 per tan bagi padi biasa
b. RM 1400 per tan bagi padi benih.

4. Alhamdulillah keputusan Datuk Seri Noh menaikkan harga padi sebanyak RM 100 per tan telah memuaskan hati petani di kawasan saya. Boleh dikatakan semua berpuas hati dengan keputusan tersebut.

5. Namun sekarang ini timbul pula cakap-cakap bahawa pemborong-pemborong padi di kawasan tidak mahu membeli dengan harga baru yang ditetapkan oleh kerajaan dan Bernas atas alasan mereka akan mengalami kerugian. Saya difahamkan Bernas pula tidak boleh membeli kesemua padi di Sungai Besar kerana tidak mempunyai tempat menyimpan yang mencukupi.

6. Semalam saya telah berhadapan dengan sekumpulan wakil pesawah yang mahukan perkara ini diatasi segera kerana khuatir padi yang sedang dituai tidak dapat dijual dengan harga yang dijanjikan.

7. Sungguhpun saya memahami dilema pemborong dan Bernas, namun saya berharap para pegawai Kementerian Pertanian dan BERNAS harus mencari jalan memastikan janji YB Menteri kepada para pesawah ini ditunaikan. Saya percaya hasrat baik YB Datuk Seri Noh bagi membantu para pesawah harus dilaksanakan oleh mereka yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan ini.

http://www.drkhir.com/2010/06/harga-padi-pegawai-perlu-pastikan-janji.html

Khamis, 3 Jun 2010

Khamis, 3 Jun 2010

7 Pemuda...

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah:

1. Pemerintah yang adil,

2. PEMUDA yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya,

3. orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,

4. dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,

5. orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,

6. orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,

7. dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Selasa, 1 Jun 2010

KAYA SEGAN, MISKIN TAK MAHU


(Artikel ini ialah tulisan asal yang diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 22 April, 2010 dengan beberapa pindaan oleh editor.)

Dalam kehidupan masyarakat Melayu, sudah menjadi kelaziman untuk menggelarkan seorang yang kaya sebagai Haji Bakhil. Watak dari filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee ini begitu sinonim dan sangat dikenali ramai. Kanak-kanak mahu pun dewasa akan mengenali Haji Bakhil sebagai seorang yang sangat kaya namun memiliki sifat bakhil, kedekut dan terlalu berkira dengan apa yang dimilikinya.



Setiap sen dan ringgit yang dimilikinya amat dihargai dan digunakan dengan cermat dan tidak akan dibazirkan dengan sia-sia. Bagaimana pun, gaya hidup seperti ini mudah disalah ertikan oleh masyarakat. Pembawaan watak ini memberi kesan dalam hati ramai kerana filem ini telah dilihat berulang kali sejak kecil sehingga ada yang terbawa-bawa dengan merasa benci dan cemburu pada orang kaya.

Saya yakin niat P Ramlee menonjolkan watak Haji Bakhil ikhlas, iaitu bertujuan mengingatkan orang yang kaya (dalam konteks hari ini melibatkan syarikat, korporat dan GLC yang kaya) supaya tidak lupa diri dan keterlaluan membawa sikap nafsu-nafsi. Kalau tidak mereka, siapa lagi yang berupaya membantu mereka yang memerlukan serta menggunakan wang dan harta untuk membela nasib bangsa, agama dan negara? Siapa lagi yang berupaya mencergaskan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan peluang kerja dan bisnes sekiranya yang kaya tidak berbelanja dan melabur untuk kepentingan bersama?



Namun, watak ini mempunyai kesan negatif ke atas pemikiran masyarakat terhadap orang kaya dan berjaya. Kerana takut dilabelkan Haji Bakhil, mungkin ada yang kaya tidak mahu menunaikan fardhu haji atau jika ia telah haji, maka ia segan pula untuk menambah kekayaan. Lebih buruk lagi andainya ada di kalangan masyarakat yang tebal dengan sikap “segan nak kaya” semata-mata kerana tidak sanggup digelar bakhil. Watak Haji Bakhil begitu berjaya ditonjolkan P Ramlee sehingga ramai yang melabelkan orang kaya itu seolah-olah semuanya bakhil!

Pandangan ini boleh melemahkan semangat dan cita-cita menjadi kaya di kalangan masyarakat. Jika perumpamaan Melayu lama menyatakan “hidup segan, mati tak mahu”, keadaan orang Melayu dan Muslim hari ini pula boleh diumpamakan “kaya segan, miskin tak mahu”. Tambahan apabila persepsi seperti ini dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat Melayu bahawa wang ringgit dan harta kekayaan adalah punca kepada banyak kerosakan dalam kehidupan dan kepincangan dalam masyarakat.

Malang sekali sekiranya ramai Melayu yang segan nak kaya. Orang Melayu memang terkenal dengan sifat segan dan pemalu yang dikaitkan dengan nilai tertib dan sopan yang dianggap suatu nilai yang baik, hingga terbawa-bawa dalam apa juga yang dilakukan. Namun dalam konteks kehidupan hari ini, terlalu segan dan malu boleh merugikan, khasnya dalam persaingan bisnes dan ekonomi yang semakin sengit.

Hari ini, kaum Melayu dan Muslim terus ketinggalan dalam ekonomi kerana kurangnya penglibatan mereka dalam bisnes. Ramai yang lebih selesa mengambil jalan sederhana dan selamat dalam hidup, takutkan cabaran serta tidak mahu mengubah sikap akibat daripada persepsi negatif terhadap imej bisnes. Lebih malang apabila ada Melayu dan Muslim malu menceburi bisnes dan segan bersaing dengan kaum lain dalam bidang ini.

Tidak dinafikan bahawa tanggapan kita terhadap bisnes kadang-kala terlalu serong. Malangnya banyak kita saksikan watak ahli bisnes yang tamak dan tidak bertimbang rasa serta syarikat dan korporat Melayu yang angkuh dan rakus. Persepsi ini mungkin didorong oleh salah faham terhadap bisnes atau kerana imej buruk ahli bisnes dan korporat sebagaimana watak dalam drama di televisyen!

Filem atau drama Melayu sering memaparkan kisah berkaitan keluarga yang terlibat dalam bisnes. Sebahagian besar jalan ceritanya terlalu tipikal dan boleh dijangkakan. Babak seperti kelakuan buruk kerana kemewahan dan kekayaan, perebutan harta pusaka, perebutan jawatan CEO di kalangan anak-anak bagi menggantikan bapa yang meninggal dunia, penipuan, rasuah, lupa diri, skandal cinta buas dan liar dan sebagainya menjadi pilihan penerbit, pengarah dan penulis skrip drama dan filem Melayu.

Semua ini dilihat berulang-kali sejak kecil hingga menimbulkan kesan di dalam hati anak Melayu dan Islam. Mereka menganggap bahawa itulah sebenarnya imej dan budaya masyarakat bisnes dan korporat. Tamak, rakus, terlalu keduniaan, materialistik, nafsu-nafsi dan keparat. Imej negatif ini membuatkan ramai yang terlupa manfaat bisnes yang lebih besar kepada kehidupan dan penguasaan ekonomi.

Dalam suasana mencabar dan mengancam hari ini, minda yang pasif, sikap segan dan malu bukanlah watak sesuai untuk maju dan menang dalam persaingan hidup yang tidak mengenal belas kasihan dan tidak bersimpati terhadap sopan santun dan budi bahasa. Semua yang malu merebut peluang dan kesempatan serta segan hendak kaya dan tidak sanggup “memecah ruyung” di pasaran, tidak akan mendapat “sagu” harta kekayaan, dan akan terus lesu, lemah dan ketinggalan.

Satu lagi yang mungkin mempengaruhi minda Melayu sehingga sangat segan hendak kaya adalah ajaran songsang segelintir pendakwah yang menggalakkan Melayu-Muslim mengenepikan harta kekayaan dan menolak dunia. Ada yang mengatakan dunia ini “bukan untuk orang Islam” dan tempat kita hanya di akhirat.

Ajaran ini jelas songsang kerana Islam menegaskan di samping mengutamakan akhirat, kita tidak lupa tempat dan kewajipan kita di dunia. Kalau tidak bagaimana ingin menjadi umat terbaik atau khaira ummah di dunia dan menjadi khalifah di muka bumi? Lagipun hidup di dunia sahajalah terdapat kesempatan untuk manusia beramal, beribadah, berjuang dan “berlumba-lumba dalam mengerjakan segala kebaikan” (fastabiqul khairat), kerana akhirat hanyalah tempat pembalasan dari apa yang diamalkan di dunia.

Saya teringat sebuah hadis menyatakan sekalipun kita pasti esok akan kiamat, andainya terdapat benih di tangan, kita ditugaskan menanam benih itu! Satu lagi hadis tegas menganjurkan supaya berkerja keras untuk dunia “seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati hari esok”. Semua ini jelas menuntut supaya diseimbangkan antara dunia dan akhirat dan tidak hanya menumpu kepada akhirat semata-mata.



Malangnya, ada kalangan pendakwah songsang ini juga terlupa bahawa Islam sendiri tidak anti kekayaan. Selama ini, saya belum pernah mendengar mana-mana dalil mengatakan kekayaan boleh membawa kepada kekufuran. Sebaliknya Islam jelas menegaskan bahawa kefakiran boleh membawa kepada kekufuran.

Saksikan ramai umat Islam terjerumus ke dalam munkar kerana desakan dan kemiskinan. Ada yang sanggup membunuh ibu, nenek atau keluarga sendiri untuk mendapatkan wang yang tidak seberapa, ada yang menjual maruah diri dengan harga yang murah, dan ada pula menjadi peragut, perompak, pengemis dan sebagainya. Semua ini berpunca daripada kemiskinan, kepapaan dan kemalasan serta dengki dan cemburu terhadap kekayaan orang lain.

Kini terdapat ramai yang bersifat “kaya segan miskin tak mahu”, namun sanggup pula mengambil jalan pintas untuk kaya dengan menghalalkan segala cara. Mereka yang terdesak untuk mendapatkan wang akan sanggup melakukan apa sahaja. Andai semua ini dibiarkan, keadaan akan bertambah teruk. Masyarakat seolah-olah kehilangan jati diri, pedoman budaya dan tujuarah tamadun.

Sudah tiba masanya Melayu dan umat Islam menterjemahkan hadis Rasulullah SAW yang menuntut umat Islam menjadi tangan yang di atas (alyadul ulya) kerana ianya lebih mulia daripada tangan di bawah. Siapa itu tangan yang di atas? Mereka itulah orang-orang yang berkemampuan untuk bersedekah, beramal jariah, berderma, berwakaf dan sebagainya. Siapa yang layak menjadi tangan yang di atas? Sudah tentulah mereka yang kaya dan memiliki wang dan harta untuk membantu mereka yang memerlukan.



Di mana sumber utama kekayaan yang halal dan wajib diburu oleh Melayu-Muslim kalau tidak daripada bisnes? Bukankah hadis menyatakan bahawa sembilan per sepuluh daripada sumber rezeki datangnya daripada perniagaan dan bisnes! Justeru, kita perlu segera mengubah persepsi kita terhadap bisnes dan harta kekayaan. Hari ini bisnes menjadi teras penguasaan ekonomi dan kita tidak boleh menafikan perlunya lebih ramai Melayu dan umat Islam menceburi dan menguasai bisnes. Bangsa dan umat lain yang lebih maju dilihat lebih gigih, berani dan tidak malu berkerja keras menjalankan bisnes biarpun terpaksa bermula dari bawah. Sedangkan kita lebih mengharapkan bantuan dan subsidi untuk memulakan bisnes mahu pun menyara diri menjalani kehidupan seharian. Jelas sangat berbeza pendekatan antara kita dan mereka.

Melayu dan Muslim tidak perlu lagi segan untuk bersaing dan menjalankan bisnes. Kita seharusnya segan dan malu untuk terus menerus meminta-minta dan turun temurun menjadi tangan yang di bawah. Andainya kita terus mengamalkan budaya sebegini, maka Melayu dan Muslim akhirnya tidak akan mampu menjadi khaira ummah atau umat terbaik.

Langkah perlu dimulakan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dan Muslim yang mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Ini boleh dilaksanakan menerusi pembudayaan bisnes sejak kecil lagi. Pendekatan sama ada melalui drama, filem, lagu termasuk permainan anak-anak sekalipun boleh digunakan untuk membudayakan bisnes dan membisneskan budaya berlandaskan Islam di kalangan generasi baru kita.

Walau pun imej Haji Bakhil (jika perempuan, Hajah Bakhilah?) mungkin telah menjadi punca harta kekayaan dan bisnes dipandang negatif, dari perspektif lain, siapa lagi yang boleh menjadi “tangan yang di atas” yang berupaya menebus nasib bangsa Melayu dan umat Islam? Alangkah baik sekiranya kita perbaharui persepsi dan pandangan kita terhadap orang kaya dan jutawan dalam masyarakat bukan seumpama watak Haji Bakhil, tetapi sebagai Abu Bakar Al Sidiq, Umar Al Khatab, Othman Al Affan dan Abdul Rahman bin Auf.

Kesemua personaliti agung dalam Islam ini tidak segan memburu harta kekayaan. Namun, segala harta kekayaan yang mereka peroleh adalah amanah dan tanggungjawab untuk membina dan membela nasib umat Islam. Mereka bersungguh-sungguh memburu kekayaan dan menyempurnakan hak orang lain menerusi zakat, sadakah, infak dan berwaqaf. Langkah berkorban harta dan kekayaan untuk perjuangan adalah antara jihad agung atau jihadan kabiran. Mereka semua turut berjihad dengan harta kekayaan sehingga Islam berjaya dengan cemerlang di zaman awalnya.

Muhammad Ali
21 April, 2010.

http://www.businessjihad.com/?p=2563