Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 5 Mei 2012

Tewasnya seorang professor ditangan seorang mahasiswa.

Seorang Profesor dari sebuah universiti terkenal menyoal mahasiswa-mahasiswa nya dengan pertanyaan ini, "Adakah Tuhan menciptakan segala yang ada?". 

Seorang mahasiswa dengan berani menjawab, "Betul, Dia yang menciptakan semuanya". 

"Tuhan menciptakan semuanya?" Tanya professor sekali lagi. 

 "Ya, sir, semuanya" kata mahasiswa tersebut. 

Profesor itu menjawab, "Jika Tuhan menciptakan segalanya, bererti Tuhan menciptakan Kejahatan. Karana kejahatan itu ada, dan menurut prinsip kita bahwa perbuatan kita menjelaskan siapa kita, jadi kita boleh menganggap bahwa Tuhan itu adalah kejahatan". 

 "Mahasiswa itu terdiam dan tidak mampu menjawab hipotesis professor tersebut. Profesor itu merasa menang dan menyombongkan diri bahwa sekali lagi dia telah membuktikan bahawa Agama itu adalah sebuah mitos. 

Mahasiswa lain mengangkat tangan dan berkata, "Professor, boleh saya bertanya sesuatu?". 

"Tentu saja," jawab si Profesor, 

 Mahasiswa itu berdiri dan bertanya, "Professor, adakah dingin itu ada?" 

 "Pertanyaan macam apa itu? Sudah tentu dingin itu ada. Kamu tidak pernah sakit flu?" Sindir si professor diiringi tawa mahasiswa lainnya. 

Mahasiswa itu menjawab, "Kenyataannya sir, dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin itu adalah ketiadaan panas. Suhu -460F adalah ketiadaan panas sama sekali. Dan semua partikel menjadi diam dan tidak boleh bergerak pada suhu tersebut. Kita menciptakan kata dingin untuk mendeskripsikan ketiadaan panas." 

Mahasiswa itu menyambung soalan, "Professor, apakah gelap itu ada?" 

Profesor itu menjawab, "Tentu saja itu ada." 

Mahasiswa itu menjawab, "Sekali lagi anda salah, sir." "Gelap itu juga tidak ada. Gelap adalah keadaan dimana tidak ada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari, gelap tidak." "Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagai panjang gelombang setiap warna. Tapi Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa intensiti cahaya di ruangan tersebut. Kata gelap dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan cahaya." 

Akhirnya mahasiswa itu bertanya, "Profesor, apakah kejahatan itu ada?" 

Dengan bimbang professor itu menjawab, "Tentu saja, seperti yang telah kukatakan sebelumnya. Kita melihat setiap hari di berita dan TV. Banyak perkara jenayah dan kekerasan di antara manusia. Perkara-perkara tersebut adalah manifestasi dari kejahatan." 

Mahasiswa itu pun menjawab, "Sekali lagi Anda salah, profesor." "Kejahatan itu tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan Tuhan. Seperti dingin atau gelap, kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan Tuhan. Tuhan tidak menciptakan kejahatan. Kejahatan adalah hasil dari tidak adanya kasih Tuhan dihati manusia. Seperti dingin yang timbul dari ketiadaan panas dan gelap yang timbul dari ketiadaan cahaya." 

 Profesor itu pun terdiam. 

Tahukah Kalian siapa mahasiswa tersebut?? 



dia adalah Albert Einstein..

Isnin, 26 Mac 2012

Pendatang Asing dan Maruah Kita

Pendatang Asing

Pendatang asing makin ramai.

Kita boleh tengok betapa bersepahnya mereka di mana-mana.

Bayangkan...

Katakan seorang gadis sedang berjalan seorang diri di sebuah lorong.

Tiba-tiba dia melihat sekumpulan Mat Bangla di depan.

Apakah yang difikir dan dirasakannya.

Biasa?

Suka?

Atau bimbang?

Bayangkan lagi...

Apa pula perasaan ibu bapa yang ada anak gadis remaja di sekolah sama ada rendah atau menengah.

Mereka tinggal di kejiranan yang terpaksa mereka kongsi dengan pendatang asing.

Adakah mereka rasa selamat?

Bayangkan pula kalau kita...

Apa perasaan kita kalau kita terpaksa tinggal di flat sempit kos rendah di bandar besar?

Kita inginkan sebuah kejiranan yang kondusif untuk anak-anak kita membesar.

Tapi kita tak mampu.

Terpaksalah kita menahan perasaan bimbang dan risau dan terus tinggal di kejiranan yang berkongsi dengan pendatang asing.

Arghhh...!!!

Apa kita risau.

Ni kan negara kita.

Mereka hanya pendatang yang menumpang.

Kitalah tuan di negara kita.

Betulkah kenyataan di atas?

Atau sekadar ayat penyedap hati?

Benarkah kalau kita tinggal di kejiranan yang berkongsi seperti itu kita tetap dianggap tuan?

Atau kita tinggal ketakutan dibuli dengan perasaan takut oleh pendatang asing.

Percaya

Kita pernah percaya kepada Inggeris.

Mereka menjajah negara kita dan mengaut kekayaan kita.

Mereka membuli kita.

Tapi kita menganggap mereka tuan.

Kita pernah percaya kepada Jepun.

Mereka menyebarkan slogan Asia Timur Raya.

(http://id.wikipedia.org/wiki/Kawasan_Kemakmuran_Bersama_Asia_Timur_Raya)

Kita percaya mereka akan membebaskan kita daripada Inggeris.

Tiga tahun lapan bulan rakyat kita menderita perang.

Kita percaya sana.

Kita percaya sini.

Kita harap negara kita berubah dengan jasa orang.

Sama seperti sekarang.

Kita percaya tanpa warga kerja asing pembangunan akan lumpuh.

Sedangkan ramai warga kita yang tak bekerja.

Satu negara menganga mulut menunggu bantuan.

Negara Bangsa

Kalau kita bersetuju dengan konsep negara bangsa.

Maka mari kita fahami dan realisasikan negara bangsa.

Negara bangsa ada sempadan politiknya.

Negara bangsa ada sempadan kedaulatannya.

Sempadan kedaulatan negara kita bukan sekadar Sipadan dan Batu Putih sahaja.

Penaung kedaulatan negara kita adalah gabungan pemimpin dan rakyatnya.

Bukan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Atau Mahkamah Dunia.

Atau International Court of Justice (ICJ).

Yang menjadi organ utama kehakiman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Keadilan_Antarabangsa)

Impian

Saya mengimpikan sebuah Malaysia yang indah untuk anak-anak saya dan generasi anak-anak saya.

Sama ada kita bersetuju untuk bernaung dalam sebuah negara bangsa bernama Malaysia.

Atau kita mahu bernaung kembali di bawah Empayar Melayu Raya seperti mana yang digagaskan oleh Patih Gadjah Mada.



Terpulang kepada pemahaman dan akal budi generasi mendatang.

Tugas kecil kita sekarang ialah memastikan kedaulatan negara kita tidak tercemar dengan ramainya pendatang asing.

Sabtu, 24 Mac 2012

Jom baca buku!!!

Adakah benar bahasa Inggeris bahasa ilmu?

Kalau benar kenapa German, Perancis, Jepun den beberapa negara maju lain tak "kelapaq" pun nak menggunakan bahasa Inggeris selain sebagai alat perhubungan antarabangsa.

Katakan kita displinkan diri baca sebuah buku Melayu sebulan.

Adakah kita yakin menjelang akhir hayat kita akan habis membaca semua buku berbahasa Melayu?

Siapa kata bahasa Melayu tak mampu menjadi bahasa pengantar ilmu.

Bahasa etnik terpencil sekalipun kalau diasah guna boleh berkembang di universiti.

Selasa, 27 September 2011

Rabu, 21 September 2011

Penjelasan Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengenai Isu Hantu Bonceng

Lembaga Penapisan Filem tiada masalah untuk meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.



Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .

"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.



"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama.

Harakahdaily pada Selasa melaporkan, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah.

Nasrudin mendakwa, babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan".



Bagaimanapun, Raja Azhar tidak menolak kemungkinan filem yang ditonton oleh pihaknya mungkin berbeza sedikit daripada apa yang kini ditayangkan di pawagam.

"Justeru kita akan meneliti sekali lagi babak yang dimaksudkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS itu," katanya.



Filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal, Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan.

- MSTAR