Apa yang hilang?
Dari dalam diri seorang gadis
Yang dahulunya menjadi pinggitan
Serta turut jadi bualan
"Molek sungguh anak Pak Polan"
Sedang pada ketika ini
Si gadis sedang jadi taruhan
Siapa menang dalam perlumbaan
Hanyutlah dia semalam-malaman
Bersama gemuruh tepukan Syaitan
Meraikan hadirnya seorang teman
Bersama menuju kemurkaan Tuhan.
Apa yang hilang?
Dari dalam diri seorang pemimpin
Yang dahulunya menuturkan janji
Akan membela maruah pribumi
Sedang pada ketika ini
Serba serbi tak menjadi
Akibat lalai diri sendiri
Ingatlah wahai pemimpin bistari
Ketika engkau di mahkamah Ilahi
Kami semua menjadi saksi
Menghumbankan engkau ke dalam api.
Ramlan Ramli
PPPsi
PPKK Serendah
Amalan Menghadirkan Kanak-kanak ke Tempat Kerja untuk Pendidikan
-
Saya tidak pernah mengulas apa-apa mengenai aktiviti PMX selama ini. Cuma
berasa jelek melihat sikap melampau masyarakat kita berpolitik. 📌 Bawa
Anak Cucu...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan