Tahun 1995 buat pertama kalinya aku join rombongan sekolah yang paling best. Jadi pelakon teater, yang paling bestnyer kalau ikut bajet memang aku tak dapat ler nak ikut tapi sebab aku salah seorang pelakon dapat banyak sponsor. Raya sakan aku kat sana.
Duit yang aku dapat masa kat sana aku beli kain batik untuk Mak (nenek aku panggil mak) dan kain pelekat untuk Wan (datuk aku). Nak jadikan cerita bila sampai kat rumah baru perasan kain batik tu kain batik panjang. Sedih sangat bila mak habaq kain tu elok nanti kalau dia mati tutup jenazah dengan kain tu...
Tahun 2002 memang betul kain yang aku beli tu tutup jenazah mak...
Al-Fatihah...
ManagePay menang kontrak sistem tiket ECRL
-
Anak syarikat milik penuh ManagePay System Bhd, ManagePay Services Sdn Bhd
(MPSB), memperoleh kontrak sistem tiket Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
dari...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan