Bani
Israel hidup dan ditindas Firaun sekian lama. Datang Nabi Musa as
membebaskan mereka. Bukan sekadar cakap kosong dan retorik, Nabi Musa
telah menewaskan Firaun dan ahli sihirnya. Ahli sihir Firaun beriman
dengan ajaran Nabi Musa dan kekal dengan keimanan walaupun dibunuh.
Bani Israel melihat ini dengan mata kepala mereka sendiri. Mereka melihat lagi bagaimana tongkat Nabi Musa membelah laut... Merah dan Firaun yang mengaku tuhan mati lemas dalam laut yang sama selepas mereka selamat ke seberang. Tidak cukup lagi dengan itu mereka menikmati makanan Manna dan Salwa yang turun langsung dari langit. Dasar minda dan jiwa terjajah patung lembu juga yang menjadi pilihan mereka.
Saya tak pasti rakyat Mesir sekarang dari keturunan apa. Kalau nak disalahkan Bani Israel atau Yahudi bangsa Mesir yang bergolak sekarang bukan Yahudi. Mungkin mereka Qibti seketurunan dengan Firaun. Atau mungkin juga mereka Arab ada galur keturunan bangsanya dengan Junjungan kita. Namun keturunan tak menjamin kebebasan minda dan jiwa.
Ahli sihir Firaun lagikan teguh iman mereka lantaran mereka manusia yang terdidik dan intelek walaupun dalam ilmu sihir. Mereka mampu menilai setelah melihat kebenaran.
Morsi tidak memiliki tongkat Nabi Musa. Jauh sekali mukjizat. Umat mesir sekarang tidak pernah melihat tongkat menjadi ular, tangan yang bercahaya, laut terbelah apatah lagi hidangan dari langit. Kita menilai kebodohan mereka dengan harapan ia tidak berjangkit kepada kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan