Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 27 Julai 2013

Rumi dan Jawi

Antara banyak penjajah yang pernah menjajah negara ini, Inggeris merupakan penjajah yang paling dominan dalam merubah bahasa Melayu di Malaysia kerana memperkenalkan sistem pendidikan, sistem perubatan dan sistem perundangan mereka. 

Kemuncaknya, mereka telah berjaya meyakinkan umat rantau ini untuk menukar persuratan mereka kepada tulisan Rumi daripada tulisan Jawi yang menjadi bahasa dan tulisan utama sebelum ini.

Mengubah sistem nahu bahasa Melayu yang bercirikan bahasa Arab atau Islam kepada sistem nahu bercirikan bahasa Inggeris.

Shisha...

Teman walaupun dah lama brenti rokok, tp tetap gemar ngan shisha ni...

sesekali lepak restoren arab mmg teman pekena shisha...

teman paling suka perisa epal...

bila kuar fatwa ni pada teman walaupun teman gemor sesangan pada shisha, teman tetap ikut fatwa ulama. 

Berdasarkan kajian mereka dan kemaslahatan umat, 

berdasarkan qias dan kemampuan untuk istinbat hukum, 

maka teman dengan hati terbuka bertaqlid dengan fatwa tersebut.

Adakah aku mampu jadi penulis...?

Penulis J.K.Rowling terpaksa berdepan dengan cabaran besar apabila novel pertama dalam siri Harry Potter ditolak oleh 12 penerbit. Kini sebanyak 300 juta naskah buku beliau laris dalam 63 bahasa di seluruh dunia. (Jeniri Amir)
  
Penolakan manuskrip merupakan sesuatu yang biasa. Tidak usah terlalu kecewa. Sebenarnya, hanya mereka yang tidak menulis dan mengemukakan manuskrip kepada penerbit sahaja yang tidak menerima surat penolakan. Ada waktunya penulis ternamapun mengalami saat-saat duka itu. (Jeniri Amir)

Solidariti buat Morsi

Bani Israel hidup dan ditindas Firaun sekian lama. Datang Nabi Musa as membebaskan mereka. Bukan sekadar cakap kosong dan retorik, Nabi Musa telah menewaskan Firaun dan ahli sihirnya. Ahli sihir Firaun beriman dengan ajaran Nabi Musa dan kekal dengan keimanan walaupun dibunuh.

Bani Israel melihat ini dengan mata kepala mereka sendiri. Mereka melihat lagi bagaimana tongkat Nabi Musa membelah laut... Merah dan Firaun yang mengaku tuhan mati lemas dalam laut yang sama selepas mereka selamat ke seberang. Tidak cukup lagi dengan itu mereka menikmati makanan Manna dan Salwa yang turun langsung dari langit. Dasar minda dan jiwa terjajah patung lembu juga yang menjadi pilihan mereka.

Saya tak pasti rakyat Mesir sekarang dari keturunan apa. Kalau nak disalahkan Bani Israel atau Yahudi bangsa Mesir yang bergolak sekarang bukan Yahudi. Mungkin mereka Qibti seketurunan dengan Firaun. Atau mungkin juga mereka Arab ada galur keturunan bangsanya dengan Junjungan kita. Namun keturunan tak menjamin kebebasan minda dan jiwa.

Ahli sihir Firaun lagikan teguh iman mereka lantaran mereka manusia yang terdidik dan intelek walaupun dalam ilmu sihir. Mereka mampu menilai setelah melihat kebenaran.

Morsi tidak memiliki tongkat Nabi Musa. Jauh sekali mukjizat. Umat mesir sekarang tidak pernah melihat tongkat menjadi ular, tangan yang bercahaya, laut terbelah apatah lagi hidangan dari langit. Kita menilai kebodohan mereka dengan harapan ia tidak berjangkit kepada kita.

BERSAMA RAKYAT


Petang itu
seorang pemuda
megah berkata:
Ada pemimpin
lunjur di rumput
membaca sajak –
tiga sajak
penuh pilu dibacanya
... di atas rumput –
bersama rakyat
betapa rakyatnya ia.

Pak ciknya berkata:
seratus sajak pun
di atas rumput
ia baca,
berpeluk pun
dengan rakyat
(mengaup sampah atau
mencangkul batas)
sejam dua
belumlah ia
rakyat waja.

Berilah lima
tahun dahulu
di kementeriannya.
Kita rasakan denyut
kota dan
desa, kemudian
tahulah kita
siapa dia.

A. Samad Said
1973

Anjing Itu.

Anjing itu kurus kelabu

Lidah terjelir nafas termengah-mengah

Menjaga istana tuannya yang gemuk

Patuh setia, menerima dan menyerah

... Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya mendayu-dayu

Bukan kerana ada musuh

Tetapi minta makanan, perutnya lapar

Tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti kering.

Anjing itu, tidak dibebaskan

Lehernya dirantai, punca digenggaman tuannya.

Anjing itu, bila perlu, diperah

Bagi menjaga keselamatan tuannya

Menjadi binatang lindungan desakan luar

Dan himpitan dalam

Begitu rupa nasib, anjing itu

Kurus kering, dalam semuanya tak cukupan

Hanya menanti rahim tuannya

Cebis-cebis roti kering

Dan tulang-tulang tak berdaging

Itulah jadi makanan, dan hidup jadi

Alat kesenangan manusia jahat memperhambakannya.

Siapa anjing

Hanya binatang setia.

Usman Awang
3 Jun 1950, Utusan Zaman

Kesusasteraan

"Kesusasteraan adalah suatu alat yang penting untuk membangunkan kesedaran rakyat dan suatu senjata yang besar untuk membunuh fahaman kolot dan mundur yang membeku dalam jiwa rakyat. Alat dan senjata ini amat besar gunanya untuk menggulingkan segala keburukan dalam kehidupan rakyat. Dan tugas pertama dalam perhitungan ini adalah terpikul di atas bahu sasterawan-sasterawan angkatan baru kita yang sedikit masa dahulu hebat memperkatakan hak-hak kewajipannya."

Usman Awang
Mingguan Melayu, 25 Mei 1952