Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 26 Februari 2010

Hadis Abu Tha'labah Al-Khusyani r.a katanya:

Aku telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, kami tinggal di bumi satu kaum dari kalangan Ahli Kitab.

Kami makan dengan menggunakan bekas mereka dan di situ aku berburu.

Aku berburu dengan menggunakan panah, terkadang dengan menggunakan anjingku yang telah terlatih dan terkadang pula dengan menggunakan anjingku yang tidak terlatih.

Ceritakanlah kepadaku apa yang halal untuk kami dari semua itu.

Baginda bersabda: Apa yang kamu katakan bahawa kamu tinggal di negeri kaum Ahli Kitab lalu kamu makan dengan menggunakan bekas mereka, sekiranya kamu boleh dapati selain dari bekas mereka, janganlah kamu makan di dalam bekasnya.

Kalau kamu tidak dapati selainnya, basuhlah dahulu dan makanlah di dalam bekasnya.

Mengenai kamu berburu di tanah pemburuan, apa yang kamu lontar dengan panah sebutlah nama Allah kemudian makanlah dan mengenai hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang telah terlatih, sebutlah nama Allah kemudian makanlah.

Adapun hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang tidak terlatih, jika kamu dapat menyembelihnya, maka makanlah.

Hadis Muslim

Hadis Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah menghantar kami dengan diketuai oleh Abu Ubaidah untuk menemui kafilah atau rombongan kaum Quraisy yang membawa bekalan makanan untuk kami dengan sebekas kurma dan tiada bekalan untuk kami selainnya.

Abu Ubaidah hanya memberikan kepada kami sebiji kurma seorang. Aku bertanya: Bagaimana kamu semua buat?

Beliau menjawab: Kami menghisapnya seperti seorang bayi kemudian meminum air, ia cukup untuk hari tersebut hingga ke malamnya.

Selebihnya kami terpaksa mencari daun kayu dengan menggunakan tongkat kami.

Daun tersebut kami basahi atau kami campur dengan air lalu kami memakannya, kemudian kami menuju ke tepi laut.

Di pantai tersebut kami melihat seperti setompok pasir yang agak besar.

Apabila kami mendekatinya kami dapati ianya seekor binatang yang dinamakan Anbar (ikan panjang dan berkepala lebar atau ikan paus).

Beliau (Perawi) berkata: Abu Ubaidah mengatakan ianya sudah menjadi bangkai.

Kemudian beliau berkata: Tidak, kita adalah utusan Rasulullah s.a.w yang sedang berada di jalan Allah, kerana terpaksa kamu boleh memakannya.

Beliau menambah: Kami mengambil masa selama sebulan dengan jumlah kami kesemuanya tiga ratus orang sehingga kami menjadi gemuk.

Beliau menambah lagi: Aku mencadangkan agar kami mencedok minyak dengan menebuk matanya menggunakan satu pembuluh besar dan kami memotong dagingnya seperti lembu atau seperti daging lembu.

Abu Ubaidah telah memerintahkan tiga belas orang di antara kami untuk menebuk mata dan dia telah mengambil salah satu daripada tulang rusuknya, maka merekapun melakukannya kemudian membawanya dengan unta yang paling besar yang ada pada kami dengan menanggungnya.

Lalu kami membawa bekalan daging dan memasakkannya separuh masak.

Manakala kami tiba di Madinah, kami menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan pengalaman tersebut kepada baginda.

Baginda bersabda: Itu adalah rezeki yang diberikan oleh Allah kepadamu.

Adakah kamu masih mempunyai sebahagian dagingnya untuk kami makan?

Lalu kami mengirimkan daging ikan tersebut kepada Rasulullah s.a.w dan baginda pun memakannya

http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1118

Isnin, 22 Februari 2010

Perjanjian Pangkor


Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Sebab

Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak.

Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.

Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.

Syarat

Perjumpaan mesyuarat Raja Muda Abdullah, Sir Andrew Clarke dan beberapa Orang-orang Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf di Pulau Pangkor pada 20 Januari 1874 telah menghasilkan Perjanjian Pangkor dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

“Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British".

Kesan

Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut tetapi nasi sudah menjadi bubur. Raja Abdullah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan Sir James W.W. Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.

Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh Birch yang berjaya dilakukan pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.

Ramai wira negeri Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke Pulau Seychelles.

Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.

Dengan berjaya membantutkan penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Pangkor
http://www.pnm.my/yangpertama/Sidang_Pangkor_PHOTO.htm

Rabu, 10 Februari 2010

Teori Kaunseling Sebagai Asas Profesionalisme

Teori atau mazhab kaunseling adalah asas atau panduan bagi seseorang kaunselor untuk membezakan dirinya sebagai perunding profesional. Pada saya untuk memantapkan penggunaan teori kaunseling, pilih satu teori dan amalkannya selama setahun secara konsisten. Sebagai contoh teori tingkah laku. Gunakan pendekatan ini kepada semua klien dan lihat bagaimana ia berperanan dan keberkesanannya dalam membantu klien mengubah tingkah laku.

Selepas setahun tukar pendekatan kepada teori yang lain pula dan ulang silibus yang sama. Selepas lima tahun kita akan mahir dalam lima teori dan dapat membuat perbandingan mana yang lebih sesuai dengan diri, peribadi dan personaliti seseorang kaunselor.

Ingat tidak ada teori yang terbaik. Semua teori adalah baik dan sesuai diamalkan oleh kaunselor dan diaplikasikan ke atas klien. Cuma apa yang penting di sini adalah kesesuaian dan keserasian kaunselor yang mengamalkannya.

Keserasian kaunselor dengan sesuatu teori akan menghasilkan kaunselor yang tulen (genuine) dan dapat melahirkan empati yang berkesan terhadap klien.

Apa yang sangat penting diawasi oleh setiap kaunselor adalah persoalan silang budaya masyarakat di mana dia menjadi kaunselor. Setiap teori perlu disesuaikan dengan silang budaya. Tanpa pengertian yang mendalam terhadap silang budaya setiap teori hanyalah sekadar hampas.

Salam dan berkat untuk semua.

Selasa, 9 Februari 2010

Program Pertama di PKMD Kampar

Program 'RICH'
(Remaja Insan Cemerlang dengan Hijrah),
Sabtu, 13 Februari 2010,
8.30 pagi hingga 4.30 petang
Bertempat di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kampar.
Peserta pelajar sekolah kategori akademik dan displin sederhana
Berumur 16 hingga 17 tahun lelaki dan perempuan.

Alamat PAKK Kampar/Gopeng

Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kampar/Gopeng,
546/547 Kuarters JKR,
Aston Settlement,
31900 Kampar,
Perak.

Alamat Ibu Pejabat Kebajikan Masyarakat Perak

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERAK
Lot 1516,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh.
Telefon : 05-2545505
Faks : 05-2432505
Email : jkmpk@perak.gov.my

Sejarah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kecil Kampar





Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kecil Kampar / Gopeng yang mula beroperasi pada tahun 1979 di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Selatan sehingga 1980 seterusnya berpindah di ruang Mahkamah lama, Jalan Pejabat Pos, Kampar sehingga kini.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kecil Kampar/Gopeng
Jalan Pej Pos,
31900 Kampar,
Perak

05-4653133

Sejarah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta bermula di sebuah bangunan yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab sejak tahun 1957 lagi. Pentadbiran pejabat ini berkongsi bangunan dengan Ibu Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Perak. Lokasi berkenaan berhampiran dengan Stesyen Bas Ipoh dan juga Medan Kidd.

Setelah mendapati keadaan bangunan itu tidak begitu sesuai lagi untuk digunakan, maka pejabat itu telah berpindah ke satu tempat baru iaitu di No. 27 Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh pada 1/5/1997. Bangunan yang merupakan rumah kedai 2 tingkat itu disewa dengan harga RM 2,500.00 sebulan. Ketika itu seramai 14 orang kakitangan dan 3 orang pekerja sukarela manakala 2 pegawai di Pejabat Kebajikan Daerah Kecil Kampar dan Batu Gajah.

Dari masa ke semasa penambahan Penolong Pegawai telah membuatkan bangunan itu tidak lagi sesuai untuk menampung bilangan kakitangan yang ramai. Oleh itu usaha telah dilakukan bagi mencari sebuah bangunan yang besar dan selesa serta boleh menampung seramai 22 orang kakitangan. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta kini telah beroperasi di Bangunan Persatuan Hock Kean memandangkan kedudukannya yang strategik dan kemudahan yang ada disekelilingnya.
Objektif Jabatan.

Memperkembang dan mempertingkatkan kemampuan Individu, keluarga dan komuniti dalam konteks Pembangunan Sosial, mencegah berlakunya masalah sosial yang boleh menjejaskan Kestabilan dan Keharmonian Masyarakat, memulih mangsa akibat pergolakkan sosial dan bencana alam, serta memberi Perkhidmatan Sokongan kepada Pertubuhan Sukarela dan agensi-agensi lain bagi mencapai kesejahteraan hidup penduduk Malaysia.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta,
No. 111-113, Bangunan Persatuan Hock Kean,
Jalan Sultan Yusuff,
30000 Ipoh,
Perak

05-2418860
05-2418825(faks)

Ahad, 7 Februari 2010

SAIFUL OH SAIFUL : Khidmat Kebajikan Aznil Haji Nawawi (Amacam Pegawai Kebajikan / Psikologi Semua...tercabar tak?

Monday, January 25, 2010

MUHD SAIFUL RIZWAN/USIA : 21 TAHUN /ASAL : KELANG, SELANGOR

Sebelum kemalangan Saiful menjalani kehidupan yang normal. Merupakan seorang yang pendiam dan sangat kuat bekerja. Merupakan anak sulong dalam keluarga 5 adik beradik. Mempunyai seorang kekasih yang hanya mahu dikenalkan sebagai Yati sahaja.

Dalam bulan 6 tahun lalu, satu kemalangan ngeri menimpa Saiful yang sekali gus merubah hampir separuh dari wajahnya. Bahagian mulu dan dagu Saiful hancur, dua tulang rusuk kiri dan dua tulang rusuk kanan juga patah. Hatinya juga rosak teruk dan terpaksa dibuang. Lebih 20 hari Saiful berada di dalam koma.

Ketika itu juga, Paknil dihubungi oleh adik Saiful bernama Aishah melalui segmen Merisik Khabar di Riuh Pagi Era. Aishah mengadu yang dia terpaksa berhenti kerja kerana menjaga abangnya yang kemalangan di hospital. Ramai pendengar Era yang prihatin dan hanya mampu menitipkan rasa simpati dan pesanan untuk kuatkan semangat.

Mendengar cerita Aishah, Paknil juga tidak dapat membayangkan betapa getirnya dugaan yang dilalui oleh remaja belasan tahun ini. Namun cerita Aishah yang kita dengar ketika itu terhenti di situ sahaja.

Namun pada hari Isnin 18 Januari, Paknil terbaca pula satu lagi SMS dari pengadu bernama Saiful yang mengadu kekasihnya berubah hati setelah dirinya kemalangan. Tanpa menyangka ia ada hubungan dengan cerita SMS pertama tadi, Paknil mengubunginya. Jauh di suara sebelah sana, Paknil terdengar suara yang agak pelik kedengarannya. Setelah diperkenalkan, barulah Paknil tahu rupanya Saiful itulah abang kepada Aishah.

Saiful bercerita pada Paknil yang dirinya sudah lemah dalam kehidupan setelah wajahnya berubah dan kini kekasih hatinya meninggal dirinya. Lebih perit apabila kekasihnya beralih hati pada teman baik Saiful. Saiful sudah putus harapan untuk meneruskan kehidupan.

Katanya, dia beralih kepada Paknil untuk mencari kekuatan dan sinar baru. Dia ingin ketemu dengan Paknil. Entah kenapa, tergerak hati Paknil ini untuk bersama kru Era menemui Saiful pada hari selasa keesokan harinya. Berdebar juga hati Paknil dalam perjalanan ke rumah Saiful hari itu bukan kerana takut akan melihat wajah Saiful tetapi kerana takut kata-kata Paknil tidak mampu menaikkan semangat Saiful untuk kembali bangun. Paknil tak henti berdoa agar Tuhan melancarkan lidah ini untuk menaikkan semangat anak remaja ini.




Setiba di rumah Saiful, Paknil dinanti Saiful dan keluarganya. Wajah Saiful diselindungkan di sebalik topeng hidung dan mulut. Tanpa ada rasa gentar, Paknil minta Saiful tanggalkan topeng itu. Saiful akur. Ketika itu, jiwa Paknil hancur kerana tidak dapat membayangkan kekuatan yang Saiful punyai untuk memikul dugaan pada wajahnya seperti yang Paknil lihat di depan mata Paknil sekarang.

Namun, sedikit pun tidak timbul rasa takut malah simpati Paknil berlipat seribu kali. Hampir sejam Paknil merapati Saiful dan akhirnya Saiful mempercayai Paknil. Ketika itulah Paknil diberitahu, Saiful sempat mengarang beberapa sajak ketika berada di katil hospital.

Bagus juga sajaknya. Saiful sendiri akui yang dirinya tidak pernah menulis apa-apa karangan sebelum itu. Hebatkan kuasa Tuhan. Dibukakan anugerah yang selama ini tersembunyi di dalam diri Saiful.

Sekembali dari kunjungan ke rumah Saiful, fikiran Paknil terus teringat-ingat akan sajak yang Saiful lakarkan itu. Paknil rasakan sajaknya ada nilai komersil dan cadangkan kepada Era agar kita carikan peluang baru untuk Saiful. Akhirnya terfikir untuk memperkenalkan Saiful kepada komposer hebat Ajai.

Pagi Khamis, Paknil di Riuh Pagi Era menjemput Saiful sebagai tetamu. Saiful hadir ditemani adiknya, Aishah. Dalam temubual, Paknil dapat lihat Saiful sudah ada semangat untuk meneruskan kehidupan, bertalu panggilan telefon dari pendengar Era yang masuk untuk bercakap dengan Saiful dan sekali gus ingin memberi kata semangat padanya. Terima kasih pada semua!


Tup tup! Pukul 9 pagi kami masukkan satu panggilan telefon kezzzutan kepada Saiful. Datuk Siti Nurhaliza. Datuk Siti puas berpesan kepada Saiful untuk bangun semula dan dari getaran suara Datuk Siti, Paknil rasa Datuk Siti juga gugur airmatanya. Terima kasih Datuk kerana sudi ‘singgah’ seminit dua untuk membaik pulih perasaan lemah Saiful. Terlihat ada campuran riak malu, bangga dan suka di wajah Saiful.

Lebih tidak disangkakan Saiful apabila Ajai pula kami sambungkan dihujung talian. Kedua beradik hampir tergamam dan terdiam apabila mengetahui Ajai berminat untuk mengenengah bakat Saiful sebagai penulis lirik. Tidak pernah disangka oleh Saiful yang sinar hidupnya mula menyinar kini.

Teruja Saiful bercerita tentang keinginannya untuk menulis lirik lagu pula. InsyaAllah jika kita semua panjang umur, kita akan sama-sama saksikan kehebatan anak muda ini menongkah arus kehidupan sebagai penulis lirik yang hebat pula. Rezeki manusia bukan urusan kita. Tuhan penentu segalanya. Paknil nantikan kemunculan lagu pertama nukilan Muhd Saiful Rizwan!

p/s : Paknil lampir di sini sajak tulisan tangan Saiful yang diciptanya untuk Paknil. Terima Kasih Saiful!

Diterkam Rimau

Laporan dan foto RAVALE SAVARINATHAN
am@hmetro.com.my
2010/02/07

TELUK INTAN: “Sebaik diterkam dari belakang, saya cuba melawan untuk menyelamatkan diri, termasuk menumbuk muka harimau itu sekuat hati sambil menjerit bagi menakutkannya.

TERKOYAK... Sidah menunjukkan badan Yok yang terkoyak sepanjang 15 cm ketika menerima rawatan di HTI, semalam.

Walaupun cedera teruk, saya tekad menyelamatkan diri dan melawan sehingga ke titisan darah terakhir,” kata pencari petai, Yok Meneh Yok Din, 47.

Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin, Yok dari suku kaum Orang Asli Semai dari Kampung Ras, Sungkai, cedera teruk di beberapa bahagian badan selepas diserang seekor harimau jantan ketika mencari petai, kira-kira 1.3 kilometer dari rumahnya.

Yok Meneh berkata, tindakan pantasnya menumbuk muka harimau dan menjerit sekuat hati berjaya menyelamatkan dirinya daripada dibaham harimau yang dianggarkan berusia antara tiga hingga lima tahun itu.

Katanya, dia diterkam oleh harimau itu ketika menuju ke arah pokok petai, menyebabkan dia jatuh dan belakang badannya luka teruk.

“Saya bersyukur kerana tindakan menumbuk muka harimau itu membuahkan hasil apabila ia terkejut dan melarikan diri ke dalam hutan,” katanya ketika ditemui selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI), di sini, semalam.

Selepas harimau itu beredar, Yok keluar dari hutan bagi menyelamatkan diri dalam keadaan badan berlumuran darah.

Katanya, ketika berlari menyelamatkan diri, dia terserempak dengan seorang pemandu traktor mengutip buah kelapa sawit yang segera membawanya pulang ke rumah.

Yok berkata, dia dibawa ke sebuah klinik di Sungkai sebelum di bawa ke Hospital Tapah (HT) dan kemudian dirujuk ke HTI kerana kecederaannya serius.

“Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencari rezeki di hutan.

Saya akan terus bekerja sebagai pencari petai selepas sembuh daripada kecederaan ini kerana itulah satu-satunya kerja yang saya tahu,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Sidah Anak Yok Chok, 38, berkata beliau sekeluarga syukur suaminya selamat dan menganggap ia antara cabaran dan dugaan mengahwini pencari petai.

“Saya akan terus memberi sokongan kepadanya dan pada masa sama mendoakan supaya dia sentiasa selamat ketika bekerja,” katanya.

Jumaat, 5 Februari 2010

Rumah Kanak - Kanak

Objektif

Untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.

Senarai Rumah Kanak-Kanak

1. Rumah Kanak-Kanak Arau, Perlis.
2. Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang.
3. Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak.
4. Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan, Serendah, Selangor.
5. Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.
6. Rumah Kanak-Kanak Rembau.
7. Rumah Budak Laki-Laki Durian Daun, Melaka.
8. Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang.
9. Rumah Kanak-Kanak Kuching, Sarawak.
10. Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah.

Kategori Kanak-Kanak

Kanak-kanak yang :

•kematian ibu/bapa
•ibu / bapa sedang menerima rawatan
•terbiar dan ditinggalkan oleh ibu / bapa
•ibu / bapa dalam penjara / tahanan
•terseksa / teraniaya seperti penderaan fizikal, mental, seksual atau emosi
•memerlukan penjagaan kerana kemiskinan, pengabaian dan buang bayi

Kemasukan

Mereka semua dimasukkan ke Rumah Kanak - kanak untuk tempoh 3 tahun atau 18 tahun mana yang lebih pendek melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak - kanak 2001.

Lembaga Pelawat RKK

Ahli dan Pengerusi Lembaga Pelawat dilantik oleh Y.B. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengikut Peraturan - Peraturan Kanak - Kanak (Tempat Selamat) 2007

Terdapat 13 orang ahli Lembaga Pelawat (5 lelaki dan 8 perempuan)
Mereka terdiri daripada pelbagai kaum yang cenderung dalam kerja - kerja kebajikan.

Tugas-tugas Lembaga Pelawat:

•menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak
•mengurus sumbangan dan derma orang ramai
•membantu memantau pentadbiran institusi demi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak

Penutup

RKK bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang menyeluruh.

Taman Seri Puteri

Merupakan institusi pemulihan dan perlindungan kanak-kanak, khususnya kanak-kanak perempuan seperti berikut:-

1.Mereka yang terdedah kepada bahaya moral
2.Mereka yang terlibat diri / terlibat dalam pelacuran
3.Mereka yang memerlukan perlindungan segera / sementara
(seperti kes mengandung luar nikah)

Objektif

Untuk memberi pemulihan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian.

Kemasukan

1.Melalui Perintah Mahkamah (seksyen 40(3)(a) Akta Kanak-Kanak 2001)
2.Permohonan sendiri (seksyen 41 Akta Kanak-Kanak 2001)

Tempoh Pemulihan

Selama tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh tahanan setelah melebihi setahun dengan kelulusan Lembaga Pelawat.

Sekolah Tunas Bakti

Sekolah Tunas Bakti adalah institusi pemulihan akhlak yang ditubuhkan dibawah Seksyen 65 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi:

1.Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah
2.Kanak-kanak yang tidak terkawal

Objektif

Untuk mendidik kanak-kanak membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh serta melengkapkan diri dengan keterampilan diri dengan keterampilan yang membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat.

Kemasukan

Melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dibawah Akta Kanak-Kanak 2001

Tempoh Pemulihan

Selama tiga tahun, tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh setelah melebihi setahun dengan kelulusan daripada Lembaga Pelawat.

Selasa, 2 Februari 2010

Di Balik Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Haramkah

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

TUHAN BERIKAN AKU CINTA-AYUSHITA

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kuserahkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Suda di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta