Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 7 Februari 2010

Diterkam Rimau

Laporan dan foto RAVALE SAVARINATHAN
am@hmetro.com.my
2010/02/07

TELUK INTAN: “Sebaik diterkam dari belakang, saya cuba melawan untuk menyelamatkan diri, termasuk menumbuk muka harimau itu sekuat hati sambil menjerit bagi menakutkannya.

TERKOYAK... Sidah menunjukkan badan Yok yang terkoyak sepanjang 15 cm ketika menerima rawatan di HTI, semalam.

Walaupun cedera teruk, saya tekad menyelamatkan diri dan melawan sehingga ke titisan darah terakhir,” kata pencari petai, Yok Meneh Yok Din, 47.

Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin, Yok dari suku kaum Orang Asli Semai dari Kampung Ras, Sungkai, cedera teruk di beberapa bahagian badan selepas diserang seekor harimau jantan ketika mencari petai, kira-kira 1.3 kilometer dari rumahnya.

Yok Meneh berkata, tindakan pantasnya menumbuk muka harimau dan menjerit sekuat hati berjaya menyelamatkan dirinya daripada dibaham harimau yang dianggarkan berusia antara tiga hingga lima tahun itu.

Katanya, dia diterkam oleh harimau itu ketika menuju ke arah pokok petai, menyebabkan dia jatuh dan belakang badannya luka teruk.

“Saya bersyukur kerana tindakan menumbuk muka harimau itu membuahkan hasil apabila ia terkejut dan melarikan diri ke dalam hutan,” katanya ketika ditemui selepas menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI), di sini, semalam.

Selepas harimau itu beredar, Yok keluar dari hutan bagi menyelamatkan diri dalam keadaan badan berlumuran darah.

Katanya, ketika berlari menyelamatkan diri, dia terserempak dengan seorang pemandu traktor mengutip buah kelapa sawit yang segera membawanya pulang ke rumah.

Yok berkata, dia dibawa ke sebuah klinik di Sungkai sebelum di bawa ke Hospital Tapah (HT) dan kemudian dirujuk ke HTI kerana kecederaannya serius.

“Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencari rezeki di hutan.

Saya akan terus bekerja sebagai pencari petai selepas sembuh daripada kecederaan ini kerana itulah satu-satunya kerja yang saya tahu,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Sidah Anak Yok Chok, 38, berkata beliau sekeluarga syukur suaminya selamat dan menganggap ia antara cabaran dan dugaan mengahwini pencari petai.

“Saya akan terus memberi sokongan kepadanya dan pada masa sama mendoakan supaya dia sentiasa selamat ketika bekerja,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan