Lewat malam masih lagi mengadap komputer...
idea seakan sudah kekeringan...
merenung sekejap di kejauhan...
ku terpandang wajah manis Umi...
ku terimbas keletah manja dan nakal Iskandar...
ternyata aku sunyi...
walaupun suasana malam sesekali dihingarkan oleh deru kenderaan...
namun aku tetap sunyi...
sunyi oleh kerinduan...
yang mendekam dan menyesakkan dada...
tambah sayu mengenangkan Umi yang tidak sihat...
langsung tidak dapat bersuara...
Mujur ada SMS mendekatkan jiwa...
dikejauhan masih terasa hangatnya...
cinta yang membahang dan rindu yang menggetar...
dalam sendu dan tangis lelaki...
menggapai jemari Umi ketika malam semakin dinihari...
moga tercapai restu Ilahi...
dalam pasrah di sudut hati...
Abah
12 Mac 2010 (Jumaat)
12.38 am
LHDN rekod taksiran tambahan RM4.4 bilion hasil kesan ketidakpatuhan cukai
-
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan taksiran tambahan berjumlah
RM4.4 bilion setakat 30 Jun 2026 menerusi pelaksanaan aktiviti audit dan
pema...
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan