Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 18 Mei 2010

Sultan Kelantan Orangnya Pintar oleh Subky Latif


DYMM Sultan Kelantan yang terlantar gering sejak setahun lalu dan tidak lagi mudah berkomunikasi seperti biasa malah dengan orang yang dekat dengan baginda bagi saya adalah seorang yang pintar.

Apa pun orang kata, pada saya semasa sihatnya baginda adalah orang yang pintar.

Allahyarham Haji Idris Othman meninggal awal 2000 adalah penasihat undang-undang Negeri Kelantan yang baginda rundingi bagi mengeluarkan motokar mewah Lamborghini dari simpanan kastam di Subang untuk dibawa ke Kelantan.



Baginda telah menggemparkan negara kerana dapat mengeluarkan motokar itu tanpa menjelaskan cukai besar yang dikenakan dalam tahun 90an dulu dan selamat dibawa ke Kelantan dan bebas digunakan di Kelantan saja.

Apa pun orang kata tentang kejadian, tetapi bagi saya ia adalah perancangan pintar baginda dengan Haji Idris hingga kastam dan polis tidak menduga ia berlaku dan dapat dilakukan jika tiada pelan yang pintar.

Mungkin orang boleh berkata macam-macam atas kejadian itu tetapi saya yang mencintai kepintaran, sayang dan mengkagumi kepintaran itu.

Sebelum terbentuk muafakat antara PAS dengan Team B UMNO pimpinan Tengku Razaleigh, saya bertemu dengan Setiausaha Sulit baginda di Kota Bharu yang saya tidak ingat namanya.

Pegawai itu baru membeli motokar baru. Baginda datang menegok kereta itu. Baginda menceritakan tentang enjin motokar itu begitu dan begini yang pegawai itu sendiri tidak tahu sangat tentng injin motokarnya.

Kata pegawai itu, sebut saja apa jenis motokar, Tuanku dapat menyebutkan tentng enjinnya satu persatu. Justeru itu orang-orang yang tahu tentang injin motokar yang hendak mengadap baginda mesti bersedia tentang maklumat berbagai jenis injin kerana baginda nanti akan bertanya sesuatu tentang enjin.

Begitu juga tentang senapang dan pistol. Baginda amat meminati hal ehwal senjatapi dan membaca semua tulisan tentang senjata. Sekalian panglima tentera yang mengadap mesti bersedia dengan berbagai maklumat terbaru mengenai senjatapi kerana baginda.

Saya tanya pegawai itu tentang tugas hariannya dengan Tuanku? Pagi-pagi lagi Tuanku sudah membaca kebanyakan surat khabar. Tidak lama selepas masuk pejabat, Tuanku mesti bertanya sudah dia membaca rencana dan berita itu dan ini.

Termasuk yang baginda tanya tulisan saya di Harakah. Biasanya pegawai memberitahu dia belum membacanya. Baginda suruh dia membaca rencana-rencana itu. Kalau rencana itu sudah dibacanya, baginda akan tanya pandangannya tentang rencana itu. Mana-mana rencana baik dari akhbar Melayu dan Inggeris yang baginda suruh baca, mesti dibacanya segera kerana tidak lama selepas itu baginda akan bertanya tentang rencana itu.

Beliau tidak menceritakan tentang reaksi Sultan tentang pandangannya terhadap rencana-rencana itu. Tetapi saya percaya tentulah ada perbincangan baginda dengannya atas rencana itu.

Satu hal dirasanya berat tetapi sudah biasa baginya, biasanya baginda kalau tidak ke mana-mana akan ke pejabatnya sekitar pukul 10 pagi. Baginda membawa satu buku yang sudah dibacanya. Disuruhnya pegawai itu membacanya. Sebelah petang nanti baginda akan minta apa pandangannya tentang kandungan buku itu?

Pegawai itu tidak boleh temberang kerana baginda tahu kandungannya. Kadang-kadang berturut-berturut hari. Pegawai itu mesti membaca cepat dan mesti selesai sebelum petang dan sebelum satu buku baru yang akan diserahkan kepadanya.

Saya tanya, adakah Tuanku kuat kembaca? Jawabnya, ulat buku.

Jika begitu keadaannya, padanlah Sultan Kelantan itu seorang yang pintar.

Tentang motokar Lamborghini yang mahal itu tinggi pula cukai kastam. Baginda pernah dikenakan cukai mudah atas kereta mewah lain sebelum itu. Maka cukai mudah itu tidak diberikan lagi. Motokar itu tidak boleh dikeluarkan selagi cukainya tidak dijelaskan.

Bagaimana baginda hendak mengeluarkannya?

Hal ini tidak boleh dirunding dengan ramai orang. Baginda berbincang dengan Haji Idris saja. Haji Idris dapatkan beberapa maklumat yang diperlukan. Lalu baginda pun pergi melihat motokar itu. Dengan pengetahuan mengenai enjin baginda bolehlah bercakap tentang enjinnya. Baginda cuba menaiki motokar.

Baginda pun minta mencuba pandu sendiri di kawasan berdekatan. Kastam membenarkannya tetapi tidak boleh pergi jauh sangat kerana minyak tidak cukup. Apabila baginda memandu motokar itu, baginda terus ke stesyen minyak dan dari situ memandunya hingga ke Istana Kelantan di Kuala Lumpur.

Hebohlah kastam kerana motokar mewah bercukai tinggi itu sudah dilarikan. Motokar itu tidak boleh diambil dari kawasan istana. Kalau ia keluar dari kawasan istana, ia akan diambil balik.

Bagaimana hendak mengeluarkan motokar itu dari istana?

Haji Idris mendapatkan maklumat tentang perjalanan dari Kuala Lumpur ke sempadan Pahang dan Kelantan. Masa mana tiada rondaan polis sepanjang perjalanan itu? Biasanya waktu panas terik tengah hari polis membuat kerja lain.

Kata Haji Idris, dia memastikan stesyen minyak di Benta antara Raub dan Kuala Lipis ditutup sejam bagi membolehkan motokar itu tidak terhalang mengisi minyak. Motokar itu tidak boleh berhenti di tengah jalan dan tidak boleh berhenti lama semasa mengisi minyak. Bimbang nanti dikesan polis.

Dan motokar itu mesti dipandu oleh baginda sendiri. Kalau terserempak polis, mungkin polis segan silu dengan Sultan.

Seperti yang dirancang motokar baru yang belum ada air-con itu dipandu dalam keadaan panas hingga ke Benta. Merah menyala wajah Raja oleh panas di luar motokar dan di dalam motokar. Bayangkan suasana yang baginda tidak pernah alami.

Selepas Benta motokar itu dipandu orang lain segera menuju sempadan dan di Kelantan ia terjamin selamat. Sultan menaiki kereta rasmi lain di belakang motokar itu hingga ke sempadan.

Begitulah hebat dan pintarnya Sultan semasa sihat dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan