Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 24 Mei 2010

YB Datuk Bung Mokhtar Mangsa Undang-Undang

COPY - PASTE DARI BLOG DR ASRI MANTAN MUFTI PERLIS

Disiarkan pada May 20, 2010 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |

Saya amat bersimpati dengan apa yang menimpa YB Datuk Bung Mokhtar. Inilah bagi saya undang-undang yang ‘caca-merba’ atas nama agama.

Seseorang yang berkahwin dengan proses yang halal diambil tindakan hanya kerana dia berpoligami. Dalam masa yang sama, kita boleh melihat berbagai filem dan aktiviti seni yang berpelukan dan bermesraan atas pentas, ditonton ramai tidak pernah diambil tindakan.

Jika pun pihak Jabatan Agama ingin membendung salahlaku atau salahguna poligami, buatlah peruntukan undang-undang yang tegas kepada suami yang berpoligami tetapi tidak menjalankan tanggungjawab. Bukan undang-undang mengambil tindakan hanya kerana seseorang itu berpoligami.

Undang-undang menyanggahi ruh Islam yang luas dalam masalah ini. Soal keadilan tidak boleh dinilai di sudut tertentu semata sebelum perkahwinan. Entah berapa ramai lelaki yang kononnya layak berpoligami kemudian tidak adil.

Untuk membendung ketidakadilan poligami bukan dengan menghalang poligami. Itu hanya meningkatkan maksiat semata. Sebaliknya, untuk menghalangnya ialah dengan diketatkan undang-undang di sudut keadilan antara isteri kepada suami yang berpoligami. Malanglah, jika yang berkahwin diambil tindakan, tetapi ‘ada yang ternama tidak berkahwin’ bebas dengan pasangannya yang ternama.

Persoalan yang patut difikirkan, adakah undang-undang yang seperti ini boleh dinamakan sebagai undang-undang syariah? Saya bersimpati dengan YB Datuk Bung Mokhtar dan isterinya dalam kes ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan