Amir Azwan
Johar : pada saya tak perlu kita tukar Jalur Gemilang. Cuma alangkah baiknya
kalau kita tahu sejarah negara kita.
Kalau kita
mahu acuankan negara kita dengan Islam maka asasnya adalah Al-Quran dan Hadis
bukannya parti PAS atau United Malay National Organization.
Kalau kita
nak acuankan dengan Nasionalisme atau Kebangsaan maka asasnya adalah faktor
sejarah.
Orang Melayu
sangat caca marba dalam memahami sejarah.
Sekali lagi
saya dengan rendah hati mencadangkan agar kita membaca buku terbitan UKM untuk
pencerahan sejarah negara kita.
Asas sejarah
adalah fakta dan angka berdasarkan catitan dan pengalaman individu yang
terlibat atau bukti monumen serta artifak.
Bukan
secetek pendapat "guru sejarah yang berpengalaman".
Profesor
Datuk Dr Zainal Kling seorang pakar sejarah pernah memberi pendapat Malaysia
tak pernah dijajah.
Beliau bukan
sekadar "guru sejarah yang berpengalaman".
Bahkan
beliau merupakan pakar yang menjadi rujukan Negara.
Bolehkah
kita bersetuju dengan pendapat beliau?
Tan Sri
Muhyiddin Yassin sendiri tak bersetuju dengan beliau.
Kita
sama-sama anak didik Dar Al-Hikmah.
Semoga kita
terdidik menjadi GENERASI ILMUAN ULUL ALBAB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan