Hari ni di perpustakaan negara, selepas azab menghadap jem dari Ampang ke sini. Anak-anak kat rumah Mak Wan. Isteri kat rumah bertungkus lumus mengemas. Alhamdulillah, Umi boleh fokus, tak sibuk melayan kerenah si cilik. Abah kat perpustakaan memerah otak. Dr. Burhanuddin Al-Helmi sebagai pembakar semangat.
"Susu itu adalah minuman yang lazat dan baik,
jika ada orang yang tidak boleh minum susu, janganlah ia
memburuk-burukkan susu. Ada orang suka minum teh tak suka minum kopi
dan ada yang suka minum kopi tak suka teh, ambillah minuman
masing-masing. Pembangunan kebendaan dengan tidak disertai pembangunan
jiwa dan roh samalah seperti membuat lembaga manusia yang tidak
bernyawa dan membangunkan roh sahaja samalah seperti roh yang tidak
berjasad."
Dr. Burhanuddin Al-Helmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan