Bersama Timbalan Menteri KDN

Bersama Timbalan Menteri KDN

Selamat Datang Ya Akhi

Laman untuk mencurah pandangan...

Halaman

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 9 Mac 2013

Akal dan Bimbingan Wahyu

Pada asasnya setiap orang dibekalkan dengan beberapa sifat fitrah yang tidak perlu dipelajari.

Menangis dan ketawa umpamanya.

Dengan beberapa sifat fitrah ini dan kekuatan pancaindera, manusia mampu beradaptasi dengan persekitarannya.

Hubungan manusia dengan persekitaran menghasilkan pengalaman dan ilmu.

Manusia telah ada akal sejak lahir.

Pengalaman dan ilmu mematangkan akal dan emosi.

Tuhan hadir membimbing manusia dengan petunjuk wahyu.

Tanpa bimbingan tuhan manusia mencipta pelbagai kesimpulan bagi menerangkan kejadiannya.

Sebagai contoh popular, Darwin menyimpulkan manusia berasal daripada beruk.

Wahyu Ilahi menerangkan bahawa manusia berasal daripada Adam dan Hawa.

Pengkaji antropologi pada peringkat awal mengatakan manusia pada asalnya berzina dengan seorang perempuan mempunyai ramai suami.

Bila berlaku masalah dalam komuniti awal manusia, manusia mula mencipta sistem perkahwinan bagi mengelak perbalahan.

Bimbingan wahyu menjelaskan bahawa manusia sejak awal penciptaannya lagi membiak melalui perkahwinan iaitu perkahwinan Adam dan Hawa di syurga.

Ketika di bumi dua anak adam (Israiliyat menyebutnya sebagai Habil dan Qabil) bergaduh kerana berebut pasangan.

Sistem perkahwinan telah wujud dan dilaksanakan oleh Nabi Adam selaku manusia pertama kepada anak-anaknya.

Rentetan daripada jauhnya manusia daripada bimbingan wahyu barulah manusia mula menurut hawa nafsu dengan berzina.

Apapun yang jelas manusia tanpa bimbingan wahyu cenderung untuk tersilap ketika membuat kesimpulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan