Masalah datang dan masalah pergi.
Kita pernah ada peristiwa 13
Mei yang dianggap sebagai titik hitam dalam sejarah hubungan kaum di
negara kita. Tragedi Kampung Medan seolah-olah hampir membuka lembaran
lama. Kita juga ada tragedi rompakan senjata di Grik, Perak oleh
kumpulan Al-Maunah. Peristiwa Memali di Baling, Kedah. Kes Botak Chin,
Mokhtar Komando. Amukan bersenjata Prebet Adam di jalan Chow Kit dan
banyak lagi.
Masyarakat terpempan bila membaca berita di dada
akhbar dan tertanya-tanya bagaimana ia boleh diatasi. Hari ini ternyata
semuanya telah menjadi sejarah dan teladan kepada kita.
Peristiwa
13 Mei umpamanya menyebabkan dasar ekonomi baru digubal. Perubahan
serampang dua mata ternyata hampir berjaya memupuskan pengkelasan
ekonomi menurut kaum.
Saya berharap Isu Lahad Datu dapat
membuka mata kita semua, pelajar, pemimpin, rakyat biasa, penjawat awam
dan sebagainya. Syukurlah para penceroboh datang bersenjata dan
berseragam gerila. Bagaimana pula dengan Plaza Kotaraya, KL yang saban
minggu ditawan pendatang asing. Adakah gadis kita berasa selamat
berjalan di situ hujung minggu? Adakah lelaki dewasa seperti saya
berasa selamat daripada gangguan kaki pau.
Semoga Isu Lahad
Datu dapat mengembalikan kedaulatan Kuala Lumpur ke tangan warganegara
yang mempunyai kad pengenalan yang betul-betul sah.
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan